Siakap Keli
angkasawan nasa aurora
Gambar: NASA/Josh Cassada

Angkasawan NASA Dedah Pemandangan Aurora Dari ISS

Angkasawan NASA Dedah Pemandangan Aurora Dari ISS

AMERIKA SYARIKAT — Seorang angkawasan di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Josh Cassada mendedahkan berjaya merakam penampakan Aurora dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Memetik Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), aurora yang dilihat oleh angkasawan NASA itu berada kira-kira 400 kilometer (250 batu) di atas permukaan bumi secara purata.

Tambah Cassada, ia merupakan pemandangan yang mengagumkan dan dilihat dari sudut yang berbeza.

“Ia seperti tidak nyata,” tulisnya bersama gambar yang dimuat naik di Twitter selasa lalu (28 Februari).

angkasawan nasa aurora
Gambar: NASA/Josh Cassada

Difahamkan, cahaya aurora terbentuk oleh interaksi zarah cahaya matahari bercas dengan molekul di atmosfera bumi.

Faktor lubang di atmosfera luar matahari turut meningkatkan aliran angin suria dan aliran zarah bercas secara berterusan dari matahari. Oleh itu, munculnya awan plasma suria yang dipancarkan ke angkasa.

Ia difahamkan berasal dari letupan jisim koronal yang berlaku pada planet bumi pada 26 Februari lalu.

Disebabkan itu, berlaku penampakan aurora pada latitud yang sangat tinggi. Tambahan lagi, tarikan magnet Bumi  juga menyumbang kepada berlakunya fenomena itu di kutub Bumi.

Untuk makluman, Cassada tiba di ISS pada Oktober lalu bersama tiga lagi anak kapal dalam misi SpaceX Crew-5.

BACA JUGA: Pertama Kali Dalam Sejarah, NASA Dedah Imej ‘Berwarna’ Alam Semesta

Tiga angkasawan lain termasuklah Nicole Mann dari NASA dan angkasawan dari Jepun, Koichi Wakata dan Anna Kikina.

Kumpulan penyelidik dijangka berada lebih seminggu lagi di ISS. Mereka dijangka kembali ke Bumi selepas beberapa hari angkawasan dari misi SpaceX Crew-6 tiba di makmal mengorbit.

Terdahulu, Angkasawan dalam misi Crew-6 telah dilaporkan berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 2 Mac lalu lapor AFP.

Mereka telah berlepas menggunakan Roket SpaceX Falcon 9. Roket itu berlepas pada jam 12.34 pagi waktu tempatan dalam satu siaran langsung.

Seramai dua orang angkasawan NASA terlibat dalam misi ini. Kedua-dua penyelidik itu berasal dari Rusia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mereka juga ditempatkan dalam kapsul Endeavour dan tiba pada awal pagi waktu tempatan (Jumaat lalu).

Sumber: Space.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?