Siakap Keli
Gempa bumi 6.0 magnitud
Gambar via AFP

Gempa Bumi 6.0 Magnitud Gegar Selatan Filipina

Gempa Bumi 6.0 Magnitud Gegar Selatan Filipina

Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud dilaporkan gegar selatan Filipina pada hari ini, maklum Kajian Geologi AS.

Memetik CNA, sehingga sekarang tiada laporan kematian atau kerosakan besar yang berlaku di kawasan dilanda gempa.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira jam 2 petang waktu tempatan, beberapa kilometer dari perbandaran Maragusan. Terletak di wilayah pergunungan perlombongan emas Davao de Oro di pulau Mindanao.

Gempa bumi lemah itu cenderung menyebabkan lebih banyak kemudaratan berbanding gempa bumi yang lebih kuat. Pihak berkuasa tempatan juga berkata tiada laporan mengenai kerosakan besar berlaku setakat ini.

Cherrylyn Dapiton dari pejabat bencana Maragusan mengsahkan bahawa terdapat tanah runtuh berhampiran jalan. Namun tanah runtuh itu tidak menjejaskan penduduk atau menyekat lalu lintas.

Gempa itu berlarutan kira-kira 30 saat dan diikuti dengan gegaran susulan, kata Koperal Stepanie Clemen polis di bandar Tagum, kira-kira 40km dari Maragusan.

“Kami segera pergi ke bawah meja dan apabila tanah berhenti bergegar kami terus keluar,” beritahu Clemen kepada AFP.

“Kami masih berada di luar kerana gempa susulan sederhana baru sahaja melanda,” tambah Clemen lagi.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Walaupun gempa itu tidak memusnahkan apa-apa, namun ia cukup kuat untuk “menimbulkan ketakutan”, kata Clemen.

Sebuah video yang disiarkan di Facebook dan disahkan oleh AFP telah menunjukkan pelajar sekolah menengah di perbandaran Mawab, menjerit ketika keluar dari bangunan.

Kredit AFP

Sementara itu, Phoebe Alberto dan rakan-rakannya di pejabat bencana di perbandaran New Bataan, berkata dia melarikan diri dari bangunan ketika ia masih lagi bergegar.

“Kami masih menilai kerosakan pada bangunan kami,” kata Alberto.

Gempa itu juga dilaporkan turut dirasai di seberang pergunungan di perbandaran pantai Caraga dan menyebabkan orang ramai berlari keluar. Perkara itu dikongsikan oleh pegawai pertahanan awam Jessielyn Capina.

Gempa bumi adalah kejadian harian di Filipina, yang terletak di sepanjang “Ring of Fire” Pasifik. Ia merupakan kawasan arka seismik yang kuat serta aktiviti gunung berapi yang terbentang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.

Pejabat pertahanan awam negara itu kerap mengadakan latihan simulasi senario gempa bumi di sepanjang garis sesar aktif.

Kejadian gempa bumi kuat kali terakhir dicatatkan berlaku pada Oktober di utara Filipina.

Sumber: CNA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka