Siakap Keli
gaji jurutera singapura naik
Gambar: AFP

Gaji Jurutera Perisian Di Singapura Naik Ke Paras Tertinggi

Gaji Jurutera Perisian Di Singapura Naik Ke Paras Tertinggi

Gaji bagi jurutera perisian di Singapura dilapor meningkat ekoran persaingan dalam kalangan majikan untuk mendapatkan tenaga kerja, pada tahun lepas.

Kenaikan itu berlaku biarpun penggunaan kemahiran kecerdasan buatan (AI) semakin meningkat dan mungkin mengubah kemahiran yang diperlukan mengikut permintaan semasa dalam industri.

Pada 2022, gaji jurutera perisian telah meningkat sebanyak 7.6 peratus iaitu, pada para tertinggi berdasarkan laporan gaji tahunan sektor tekonologi pada Selasa.

Mengikut laporan NodeFlair & Iterative, gaji median bagi jurutera junior bermula kira-kira $5,000 (RM21,6640) dan $8,000 (RM26,625) untuk jurutera senior. Manakala, pengurus kejuruteraan pula menikmati gaji median sebanyak $13,750 (RM45,762).

Pada persentil ke-90, gaji yang diterima mencecah sehingga $8,500 (RM28,289), $12,000 (RM39,938) dan $19,000 (RM63,235). Angka berkenaan adalah tiga kali ganda berbanding apa yang dinikmati oleh mereka 10 peratus dibawah.

Gaji jurutera perisian sektor lain di Singapura juga naik

Selain itu, beberapa kerjaya lain dalam bidang teknologi di Singapura turut dilaporkan mengalami peningkatan kadar gaji pada 2022. Antaranya seperti jurutera mudah alih, jurutera rantaian blok dan jurutera data.

Enam daripada 15 syarikat yang sering dicari di Internet turut dilaporkan menawarkan gaji jauh lebih tinggi daripada gaji media pasaran. Antaranya syarikat induk TikTok, ByteDance yang membayar pekerjanya kira-kira 20 peratus lebih tinggi daripada gaji purata.

Manakala, syarikat selebihnya pula membayar pekerja mereka dalam lingkungan lebih 10 peratus dari gaji purata.

Mr Ethan Ang, Ketua Pegawai Elsekutif dan pengasas bersama NodeFlair, berkata permintaan mendadak terhadap golongan profesional dalam bidang teknologi telah menyebabkan peningkatan gaji bagi pekerjaan tersebut.

“Memandangkan syarikat merentasi pelbagai industri semakin bergantung pada teknologi untuk memacu pertumbuhan, nilai bagi sektor teknologi tidak pernah lebih tinggi.”

Tetapi “tawaran gaji yang mengiurkan” yang diberikan kepada pekerja teknologi pada tahun-tahun sebelumnya mungkin berkurangan, kata NodeFlair.

Sejak November lalu, lebih daripada 100,000 pekerja dalam sektor teknologi telah diberhentikan secara global semasa dunia berdepan dengan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi.

Bidang teknologi sentiasa menghadapi cabaran

Mr Ang berkata, industri teknologi akan sentiasa terus menghadapi cabaran dalam menarik dan mengekalkan bakat baharu dalam bidang berkenaan.

Suasana pengambilan pekerja turut berubah, memandangkan para majikan kini bakal berdepan dengan pengenalan teknologi AI. Salah satunya berpunca daripada pelancaran ChatGPT secara umum pada November lalu.

Sejak pelancaran ChatGPT, beberapa syarikat termasuklah Tesla, Meta dan TikTok telah melancarkan pasukan AI untuk bersaing bersama bot Microsoft.

Perkara ini melibatkan tugasan automatik seperti mengisi spreadsheets, menyediakan e-mel, menyediakan jadual ucapan orang-orang penting dan menulis program komputer.

“Dengan kekurangan pakar AI dalam pasaran, kita akan melihat beberapa syarikat akan mula membuka peluang perkerjaan dalam bidang ini.

“Hal ini mirip dengan fenomena matawang kripto dan lain-lain pada masa sebelum ini,” kata pengasas bersama NodeFlair, Adrian Goh.

BACA: Mayat Wanita Ditemukan Dalam Kereta, Dipercayai Dihanyut Arus Deras Banjir Di Mersing

Sumber: The Straits Times

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma