Siakap Keli
mayat wanita dalam kereta
Kredit: BERNAMA

Mayat Wanita Ditemukan Dalam Kereta, Dipercayai Dihanyut Arus Deras Banjir Di Mersing

Mayat Wanita Ditemukan Dalam Kereta, Dipercayai Dihanyut Arus Deras Banjir Di Mersing

MERSING, 6 Mac (Bernama)Mayat seorang wanita ditemukan dalam sebuah kereta Perodua Myvi malam ini, dipercayai hanyut dibawa arus deras di Jalan Nitar Utama di sini, pagi tadi.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang berkata mayat wanita berkenaan ditemukan dalam kereta itu pada pukul 10.19 malam ini, selepas keretanya ditemukan pada 6.55 petang tadi.

Beliau berkata kereta berwarna kelabu milik mangsa berjaya dibawa keluar dengan menggunakan peralatan “vehicle rockery system”, yang mengambil masa kira-kira 40 minit berikutan berdepan kesukaran akibat pokok-pokok yang menghalang.

“Kita berjaya menemukan mangsa setelah kereta berkenaan dibawa naik sebelum menyerahkannya kepada pihak polis pada 10.22 malam untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan malam ini.

Terdahulu, kereta mangsa ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dalam keadaan terbalik pada jarak 15 meter daripada lokasi dia dilaporkan hilang.

BACA: Mayat Pelajar Hilang Selama 47 Tahun Ditemui Dalam Sungai

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan penemuan mayat wanita itu, yang dipercayai pemandu Perodua Myvi yang dilaporkan hilang pagi tadi.

”Mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Mersing untuk proses bedah siasat dan pengecaman oleh ahli keluarga. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan berasingan, malam ini.

Pada kejadian kira-kira 6.49 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun itu, dipercayai dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang dan memandu di jalan raya yang telah dinaiki air sebelum dihanyutkan arus bersama-sama kereta yang dipandunya.

Redah banjir hantar makanan, nyaris hanyut kerana arus kuat

Bencana banjir di Segamat kali ini dilaporkan sangat teruk, menyamai bencana yang pernah melanda kawasan itu pada 2006. Paras air naik hingga menyamai paras bumbung dan selain arus air yang sangat deras.

Situasi berkenaan sudah tentu menyukarkan pergerakan mangsa banjir, misalnya untuk berpindah ke lokasi selamat atau mendapatkan sumber makanan.

Namun, ada segelintir pihak yang sanggup berkorban ketika masyarakat sekeliling dilanda kesusahan. Kemurnian jiwa individu yang berhati mulia ini adakalanya lebih memilih untuk mengutamakan orang sekeliling berbanding diri sendiri.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok (@zurainiswarno), seorang dirakam sanggup meredah arus deras banjir demi memastikan bekalan makanan dapat dihantar kepada mangsa banjir yang berlindung di PPS.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana