Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Disyaki Dera Lebih 1,000 Anjing Sehingga Mati
Polis Korea Selatan sedang menyiasat seorang lelaki kerana disyaki mendera binatang selepas lebih 1,000 anjing ditemui mati di perkarangan rumahnya di barat laut negara itu, lapor SCMP.
Insiden itu terbongkar berikutan laporan polis yang dilaporkan oleh seorang penduduk yang terjumpa rumah tersebut ketika mencari anjing mereka yang hilang di Yangpyeong, wilayah Gyeonggi.
Suspek yang berusia 60-an berkata, dia menemui anjing yang ditinggalkan dan menyebabkan mereka mati kelaparan.
Bagaimanapun, aktivis hak asasi haiwan mendakwa bahawa dia dibayar oleh penternak anjing untuk membuang anjing yang tidak boleh hamil atau yang nilai komersialnya telah menurun.
Seorang ahli kumpulan hak asasi haiwan Care berkata, lelaki itu yang didakwa melanggar undang-undang perlindungan haiwan, menerima 10,000 won (RM34.32) daripada penternak anjing untuk ‘menjaga’ setiap haiwan tersebut.
Dia kemudiannya mengurung haiwan itu dan menyebabkan ia mati kelaparan mulai 2020, lapor Korea Herald.
Undang-undang perlindungan haiwan Korea Selatan menyatakan bahawa individu yang mendera atau menzalimi haiwan akan dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda 30 juta won (RM102,980).
Rakaman televisyen menunjukkan imej kabur anjing yang mati dalam sangkar, guni dan kotak di atas tanah di halaman rumah terbabit, lapor SCMP.
Kakitangan Care yang memantau tempat kejadian berkata, bangkai yang reput mencipta lapisan di atas tanah, di atasnya lebih banyak bangkai diletakkan untuk membuat barisan lain dan sebagainya.
Care berkata, empat ekor anjing yang diselamatkan dari rumah itu kini sedang menjalani rawatan di sebuah klinik, manakala dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Memetik SCMP, ia menambah bahawa haiwan yang masih hidup mengalami kekurangan zat makanan atau penyakit kulit.
Dalam pada itu, kerajaan tempatan di Yangpyeong berkata anjing-anjing yang mati itu akan dikeluarkan minggu ini.
Di Korea Selatan, bilangan kes penderaan haiwan telah meningkat kepada 914 kes pada tahun 2019 daripada 69 pada tahun 2010, menurut data yang diterbitkan oleh pejabat penggubal undang-undang.
Selain itu, populasi pemilik haiwan peliharaan juga meningkat kepada lebih 10 juta orang di negara yang mempunyai 52 juta.
Menurut Agensi Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan Kementeria Pertanian, insiden pembuangan haiwan meningkat daripada 89,732 kes pada 2016 kepada 130,401 kes pada 2020.
Korea Selatan mempunyai anggaran 6 juta anjing peliharaan dan 2.6 juta kucing.
Sumber: SCMP