Siakap Keli
pasangan rentas 14 negara
Gambar: TikTok Ahmad bin Isa

Hanya Berbasikal, Pasangan Rentas 14 Negara Sebelum Tiba Di Mekah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hanya Berbasikal, Pasangan Rentas 14 Negara Sebelum Tiba Di Mekah

Setiap mereka yang bergelar umat Islam pastinya memasang impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.

Tambahan lagi, menunaikan haji di Mekah merupakan pelengkap kepada mereka yang beragama Islam. Ia juga telah disebut dalam Rukan Islam kelima.

Sehingga kini, kita dapat menyaksikan kesungguhan ramai saudara dan saudari sesama muslim di luar sana untuk melangkah ke kota suci itu.

Tidak kira sama ada melalui jalan darat dan udara, masing-masing berusaha untuk menjejakkan kaki di sana.

Bagaimanapun, dalam jarak yang begitu jauh dengan kota tersebut, mengayuh basikal bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan orang ramai.

Walaupun kedengaran mustahil, namun, bagi sepasang suami isteri, Ahmad Isa dan Adilah, ia satu cabaran demi mengejar cinta akan kota suci tersebut.

Pasangan itu tular di media sosial selepas berjaya berbasikal rentas 14 negara sebelum tiba di Mekah. Video perjalanan menuju ke Bumi Mekah Al-Mukarammah itu juga dikongsikan oleh Ahmad Isa di TikTok.

Sepanjang perjalanan, pelbagai dugaan dan cabaran yang telah dilalui oleh mereka bersama. Mereka telah mengambil masa selama 420 hari untuk melengkapkan perjalanan ke Mekah.

@ahmad.bin.isa

Air mata tak berhenti tengok video ni, adakah ini rindu? 😭 #novelustazahbasikal #komikjiwakembara

♬ suara asli – OutfitKu.id

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan teruja dan memuji tindakan pasangan itu. Hal ini kerana bukan mudah untuk merealisasikan sesuatu impian.

Video berkenaan telah mendapat lebih 3.3 juta tontonan dengan lebih 471,000 tanda ‘Suka’ dan lebih, 10,000 komen oleh pengguna.

Bagaimana Pengembaraan Berbasikal Tercetus

Gambar: TikTok Ahmad bin Isa

Sewaktu dihubungi oleh pihak SK, Ahmad menceritakan bagaimana kisah itu bermula.

Pada awalnya, isterinya (Adilah) yang merupakan seorang ustazah telah dijodohkan dengannya. Ia merupakan pra-syarat kepada Ahmad untuk keluar mengembara ke seluruh dunia dengan berbasikal.

Maklum Ahmad, bagaimanapun niat untuk mengembara secara solo ke Eropah bertukar menjadi sebuah pengembaraan honeymoon bersama isterinya.

“Ia bagi mengenali hati budi masing-masing sewaktu perjalanan menuju ke Mekah sebelum ke Eropah.” katanya.

Gambar: TikTok Ahmad bin Isa

Disebabkan itu, dia telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Arkitek. Tambahan lagi, dia juga keluar dari rumah sewanya dan menjual kereta sebagai duit poket ke Mekah bersama isteri.

BACA JUGA: Lelaki Jalan Kaki Dari England Sejak Tahun Lepas Nak Tunai Haji Selamat Tiba Di Mekah

“Sepanjang 15 bulan saya dan isteri dalam keadaan tiada rumah atau homeless. Kami merentasi sebanyak 13 negara sebelum tiba di Mekah.

“Antara negara yang dilalui kami termasuklah Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Krygyztsan, Kazakhstan, Uzbekistan, Afghanistan, Iran, UAE dan Arab Saudi.” jelasnya lagi.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana penat lelah yang dilalui mereka sewaktu melaksanakan niat yang hampir mustahil di tempat orang.

Ada banyak cabaran

Gambar: TikTok Ahmad bin Isa

Kata Ahmad, sepanjang perjalanan, terdapat pelbagai perkara yang tidak terduga berlaku. Antaranya Adilah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pakistan selama tiga hari. Selain Ahmad turut menerima lima jahitan di mata sewaktu berada di negara Iran.

“Kami ditahan oleh tentera bersenjata selama tiga hari di Pakistan. Bukan sahaja itu, kami pernah hampir diculik di Afghanistan,” ujarnya lagi.

Gambar: TikTok Ahmad bin Isa

Dia menyifatkan perkara tersebut merupakan kuasa Allah SWT yang sentiasa melindungi mereka. Tambahan lagi, dia dan isterinya juga bukan seorang atlet.

“Kami mampu mengayuh basikal dari Malaysia ke Mekah dengan modal hanya RM1,900 pada permulaan,” jelas Ahmad kepada pihak SK.

pasangan rentas 14 negara
Gambar: TikTok Ahmad bin Isa

Kegigihan dan semangat tidak putus asa mereka membuktikan kepada kita bahawa tiada apa yang mustahil sekiranya berusaha. Semoga ia menjadi inspirasi buat kita semua dalam jalan menuju ke kota suci Mekah suatu hari nanti.

Menariknya, mereka juga telah menerbitkan sebuah buku yang berjudul Ustazah Basikal untuk berkongsi mengenai pengalaman tersebut.

Sumber: TikTok Ahmad bin Isa,

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?