Siakap Keli
Aiskrim Perisa Cengkerik
Gambar: Instagram @eisdielebyrinorottenburg / Fox 5 News

Cuba Bawa Kelainan, Peniaga Jual Aiskrim Perisa Cengkerik

Cuba Bawa Kelainan, Peniaga Jual Aiskrim Perisa Cengkerik

Aiskrim sememangnya terkenal sebagai pencuci mulut yang mempunyai pelbagai perisa menarik serta menyelerakan. Tambahan lagi, ia digemari oleh semua peringkat umur khususnya golongan kanak-kanak.

Antara perisa yang kebiasaannya kita dengar termasuklah vanila, coklat, strawberi, jagung dan banyak lagi.

Bagaimanapun, sebuah kedai aiskrim di Jerman cuba membawa satu kelainan dengan memperkenalkan aiskrim perisa terbaharu mereka, “Perisa Cengkerik”.

Perkara itu turut dimuat naik oleh pemilik kedai manisan, Thomas Micolin di platform Instagram.

Gambar: Instagram @eisdielebyrinorottenburg

Dalam beberapa gambar yang dimuat naiknya menunjukkan menu terbaharu kedainya, Eiscafe Rino dihiasi dengan haiwan tersebut. Difahamkan, kedai aiskrim itu terletak di bandar Rottenburg di selatan Jerman.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi terhadap menu baharu itu sejak ia diperkenalkan kepada umum.

“Kami menerima pelbagai komen positif dan perasaan ingin mencuba oleh pelanggan. Bukan itu sahaja, ada juga sebahagian mereka mengkritik menu baharu kami.

“Mereka yang datang untuk mencubanya sangat teruja,” katanya dalam kenyataan tersebut.

BACA JUGA: Roti Canai “Street Food” Kedua Paling Sedap Di Dunia

Jelas pemilik kedai itu lagi, setiap hari pastinya ada pelanggan yang datang ke kedainya untuk mencuba dan membeli perisa baharu itu. Dalam gambar berkenaan turut memaparkan haiwan itu ditabur di atas aiskrim di dalam sebuah bekas.

 

Susulan menu terbaru kedai itu, ia telah mendapat perhatian ramai. Malah, Micolin turut berkongsikan klip video yang menunjukkannya sedang menyediakan aiskrim berkenaan.

Kesatuan Eropah Membenarkan Penggunaan Cengkerik Dalam Makanan

Kesatuan Eropah (EU) pada awal Januari lalu membenarkan cengkerik atau nama saintifiknya Acheta Domesticus dipasarkan dalam produk makanan.

Ia diluluskan setelah dibentangkan oleh sebuah syarikat pada tahun 2019.

Difahamkan, pengeluar produk makanan boleh menggunakan haiwan itu dalam beberapa bentuk makanan seperti pizza dan produk berasaskan pasta, kacang, sup, snek dan sebagainya.

Perkara itu disahkan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) termasuk faktor keselamatan bahan tersebut.

Sumber: NDTV, Instagram @eisdielebyrinorottenburg, Olive Oil Times

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?