Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tips Guna Pewangi Gel Dah Kering, Boleh Buat Pewangi Tandas
Ada banyak pewangi bilik atau ruang ditawarkan di pasaran. Salah satu yang menjadi pilihan orang ramai adalah pewangi berasaskan gel. Kalau anda juga peminat pewangi berasaskan gel, kandungan artikel ini mungkin bermanfaat untuk anda.
Rata-rata, pewangi berasaskan gel ini biasanya mampu bertahan dalam tempoh kurang daripada sebulan, sekiranya dibiar terbuka sepanjang masa.
Keadaan ini turut dipengaruhi dengan kadar kelembapan dan suhu bilik anda. Selain itu, faktor lokasi juga memainkan peranan penting dalam memastikan pewangi ini dapat bertahan lama ataupun tidak.
Jika diletakkan pada tempat yang tinggi dan berangin, ia cenderung untuk tidak bertahan lama.
Mesti rasa rugikan? Kalau nak beralih pada pewangi bilik jenis semburan, tidak kena pada tekak pula. Jadi, terpaksalah beli baru selalu.
Biasanya, bila habis, sisa gel pewangi ini akan dibuang begitu sahaja. Tetapi tahukah anda, sebenarnya sisa tersebut masih ada kegunaannya. Rugi la kalau dibuang, kan.
Jadi kali ini kami ingin berkongsi tips apa yang boleh dibuat dengan sisa gel pewangi ini. Tips berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna facebook menerusi akaun Yusra Fateema.
Jangan buang, tips guna pewangi gel yang dah kering
Anda sebenarnya masih dapat memberikan ‘peluang kedua’ bagi pewangi berkenaan untuk terus ‘berkhidmat’ dalam kediaman anda.

Berikut merupakan cara-caranya:
Anda boleh mengumpul semua pewangi gel yang sudah kering dalam satu tempat. Pastikan semua pewangi gel berkenaan daripada jenis haruman yang sama untuk mengelakkan pencampuran aroma yang mampu membuatkan kita pening kepala.
Selepas mengumpulkan pewangi gel yang sudah kering, anda perlu memtong kepingan gel kering dengan menggunakan peralatan tajam seperti gunting ataupun pisau.

Saiz potongan pula bergantung pada citarasa anda. Jika anda mahukan aroma yang kuat, anda boleh memotongnya dalam saiz dadu kecil agar harumannya cepat tersebar dalam ruangan bilik anda.
Setelah memotong gel kering, anda perlu meletakkannya dalam bekas sebelum diisi dengan air. Anda boleh meyusun ketulan tersebut dan menggunakan gelas hiasan untuk meningkatkan nilai estetik.

Akhir sekali, anda perlu menuang air dalam gelas berkenaan. Selepas berbuat demikian, gel berkenaan akan kembali mengeluarkan haruman pewangi.

Semoga tips ini dapat membantu anda untuk menggunakan kembali gel pewangi yang sudah mengering, boleh dibuat pewangi tandas. Yang beli baru boleh letak dalam bilik tidur kan.
BACA: Restoran Tawar ‘Menyu Rahmah’, Ubati Luka Peminat MU
Sumber: Yusra Fateema via Facebook