Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mazda CX5 Nyaris Hanyut Ke Laut Di Tanjung Sedili
KUALA SEDILI — Tiga orang berdepan detik cemas selepas kenderaan jenis Mazda CX5 yang dinaiki mereka nyaris ditenggelami air dan dihanyut ke dalam laut sewaktu sedang bersiar dan menyusuri pantai di kawasan Pantai Temalah, Sedili Besar, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor semalam.
Difahamkan, mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita warganegara Malaysia
Ketua Polis Kuala Sedili, Sarjan Mejar Saidon Hadzri Hj Abu Hassan dalam satu kenyataan berkata, beliau bersama dua lagi anggota berpangkat Lans koperal, Mohamad Khairy dan Fazrie Imran serta dibantu dua penduduk kampung, Encik Iswandi dan anaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, tindakan dan usaha telah dijalankan bagi menggelak kenderaan tersebut dari terus ditenggelami air dan dihanyutkan ke dalam laut.

“Kenderaan yang terlibat telah berjaya ditarik keluar dengan menggunakan Kenderaan 4×4, milik Encik Iswandi ke atas darat di kawasan pantai tersebut,” katanya.
Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca dari air laut pasang di pantai berkenaan.
Mazda CX5, tiga nyaris hanyut ke laut di Tanjung Sedili
“Mangsa terlibat tidak menyedari kejadian air pasang ini dan terlalu asyik serta kurang berpengalaman tentang keadaan laut,” katanya.

Susulan itu, laporan polis mengenai kejadian ini telah dibuat oleh pemilik kenderaan berkenaan di Balai Polis Kuala Sedili, maklumnya lagi.
Kata Saidon, semua mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan selamat.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan kepada orang awan yang datang untuk beriadah secara persendirian, keluarga atau berkumpulan di Tanjung Sedili perlu mengambil langkah-langkah keselamatan.
Ia bagi mengelakkan kejadian yang tidak dingini berlaku hingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda.
Terdahulu, seorang lelaki dilaporkan lemas sewaktu cuba menyelamatkan kenderaan jenis Proton Persona miliknya di Teluk Senangin dekat Lumut, lapor Bernama.
Difahamkan, kenderaan tersebut dipercayai menggelongsor ke dalam laut.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak dalam kenyataan berkata mangsa berusia 31 tahun. Dan dia telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.
Sumber: Polis Balai Kuala Sedili