Siakap Keli
Pedang pembunuh syaitan
Kredit Institut Arkeologi Kashihara Prefektur Nara

Pedang ‘Pembunuh Syaitan’ Sepanjang 7 Kaki Berusia 1,600 Tahun Ditemui

Pedang ‘Pembunuh Syaitan’ Sepanjang 7 Kaki Berusia 1,600 Tahun Ditemui

Sebilah pedang gergasi yang mendapat jolokan ‘pembunuh syaitan’ sepanjang tujuh kaki yang terkubur selama lebih 1,600 tahun telah ditemui di Jepun baru-baru ini.

Memetik Daily Mail, senjata itu ditemui di dalam sebuah makam di Tomiomaruyama di Nara. Senjata itu diletakkan di situ dipercayai bagi membantu si mati menghalau roh jahat.

Ahli arkeologi juga turut menemui keranda kayu sepanjang 16 kaki jauh di dalam busut yang menempatkan pedang dan perisai sepanjang dua kaki yang dibina daripada cermin.

Walaupun telah banyak penemuan pedang ‘pembunuh syaitan’ ditemui di Jepun, namun penemuan terbaru ini adalah yang terbesar dan tertua pernah ditemui di negara itu.

‘Khazanah negara’ tersebut menunjukkan bahawa individu di dalam makam itu dipercayai adalah daripada golongan elit yang mungkin pernah berada dalam tentera.

Sejak tahun lepas, ahli arkeologi berjaya membuang lapisan kotoran dari busut yang berukuran 350 kaki dan sedalam 32 kaki tersebut.

Busut berkenaan dikenali sebagai ‘kofun’ yang diambil daripada nama kerajaan Kofun dalam sejarah Jepun, sejak ia dibina antara (tahun) AD 300 dan AD 710, lapor Live Science.

“Setakat ini, kami telah menjalankan tinjauan laser udara (tinjauan pertama) dan penggalian. Kami telah memperoleh hasil yang penting dalam menjelaskan struktur timbunan makam,” kata ahli arkeologi dalam kenyataan akhbar mengumumkan penemuan itu.

Selain itu, tinjauan juga menunjukkan ruang ‘ritual’ terkurung berada di dalam busut tersebut.

Kemudian ia telah membawa pasukan arkeologi ke lubang kubur di mana penemuan kotak tanah liat yang menempatkan keranda itu.

“Keranda itu dipercayai telah diletakkan di bahagain bawah lubang kubur yang ceruk dalam dan lapisan nipis tanah liat dan pasir diratakan kira-kira 30 cm. Di luar kedudukan di mana penutup keranda diletakkan,” tambah ahli arkeologi itu lagi.

Kredit Institut Arkeologi Kashihara Prefektur Nara
Kredit Institut Arkeologi Kashihara Prefektur Nara

Di dalam keranda itulah pedang dan cermin besar ditemui

Pedang bilah enam inci yang dikenali sebagai dako itu berkemungkinan tidak pernah digunakan tetap ia direka khusus untuk diletakkan bersama si mati di dalam makam.

Pedang dako direka dengan mempunyai bilah yang beralun seakan ular. Disebabkan saiz yang besar, para penyelidik menyangka bahawa mereka telah menemui beberapa pedang berbaris yang berbeza, lapor Kyodo News.

Kredit Institut Arkeologi Kashihara Prefektur Nara

Artifak itu dipercayai merupakan senjata ‘pembunuh syaitan’ tertua yang pernah ditemui di Jepun dengan lebih 80 bilah pedang ditemui di seluruh dunia.

Selain itu, penemuan senjata itu juga ditemui bersama dengan cermin berbentuk seperti cengkerang kura-kura yang dibentuk daripada tembaga.

Cermin itu mempunyai berat 125 paun dan diperbuat daripada timah, tembaga dan plumbum. Ia dikesan sewaktu x-ray dilakukan ke atas cermin tersebut.

Dalam budaya Jepun, cermin adalah salah satu simbol kuasa yang paling mujarab. Ia juga dihormati sebagai objek suci yang mewakili ‘tuhan’ (kepercayaan mereka).

“Penemuan ini menunjukkan bahawa teknologi zaman Kofun melebihi apa yang dibayangkan,” kata Kosaku Okabayashi, Timbalan Pengarah Institut Arkeologi Kashihara Prefektur Nara.

“Mereka adalah karya agung dalam kerja logam pada zaman itu,” tambah Kosaku lagi.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka