Siakap Keli
cara mohon i-sayang
Gambar: Bernama/KWSP

Pemotongan 2% Caruman Bulanan Suami Ke Akaun KWSP Isteri, Ini Cara Mohon i-Sayang

Pemotongan 2% Caruman Bulanan Suami Ke Akaun KWSP Isteri, Ini Cara Mohon i-Sayang

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan satu inisiatif, i-Sayang yang memerlukan pencarum  memindahkan dua peratus daripada caruman bulanan mereka kepada akaun isteri.

Difahamkan, kira-kira dua peratus akan dipindahkan kepada akaun isteri pada setiap bulan.

Menurut laporan, inisiatif ini membantu memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita serta menerapkan nilai kekeluargaan.

Dengan inisiatif yang dilakukan itu ia akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menabung untuk masa hadapan dengan adanya simpanan persaraan.

Oleh yang demikian, bagi pasangan yang ingin membuat permohonan i-Sayang, boleh ikuti langkah di bawah yang disediakan di bawah ini.

BACA: KWSP: ‘Rakyat Nak Sekarang, Bukan 15 Tahun Lagi’ – Ismail Sabri

Syarat dan cara mohon i-Sayang

Kredit: eCentral

Untuk makluman, permohonan perlu dibuat secara sukarela daripada pihak suami dan sekiranya bersetuju, pemindahan itu akan dilakukan secara automatik setiap bulan.

Jika berlaku penceraian atau kematian si isteri (penerima), maka pemindahan tersebut akan dibatalkan serta-merta.

Syarat kelayakan terbahagi kepada dua, iaitu suami yang merupakan pemberi dan isteri, penerima.

Suami (pemberi)

Syarat pertama yang perlu ada untuk pemberi ialah mereka mestilah warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang menduduki di negara Malaysia.

Mereka juga perlu menjadi ahli KWSP kerana inisiatif i-Sayang memerlukan para suami memiliki akaun bagi memudahkan pemindahan caruman berlaku kepada Isteri.

Yang ketiga, setiap pemohon mestilah berumur tidak melebihi 75 tahun ke atas dan perkahwinan mereka telah didaftarkan di bawah undang-undang yang ditetapkan.

Isteri (penerima)

Seperti pemberi, penerima haruslah mempunyai kad pengenalan biru, yang menunjukkan mereka adalah warganegara Malaysia.

Bagi memudahkan suami membuat caruman, para isteri diwajibkan mempunyai akaun KWSP dan tidak mencapai usia 75 tahun.

Yang terakhir, iaitu sama syarat dengan suami, perkahwinan mengikut undang-undang Malaysia.

Cara permohonan

Gamabr Hiasan, Bernama

Seperti maklumat di atas, pemindahan caruman mestilah mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak dan dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua saluran.

Iaitu memohon menggunakan i-Akaun (Ahli) atau pergi ke mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran bersama Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang.

Suami perlu mengisi dengan lengkap borang tersebut dan ia boleh didapatkan di sini.

Difahamkan juga, tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.

Untuk peringatan, pembatalan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sekiranya i-Sayang telah diluluskan dan hanya suami yang boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).

Individu boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai i-Sayang di laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my, atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.

Nota: Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri (penerima).

Sumber: eCentral

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.