Siakap Keli
Azlee Senario Seru Suami Hargai Isteri
Kredit: @azleesenariochanel | Tiktok

“Isteri Sediakan Makan, Jaga Anak-Anak..”, Azlee Senario Seru Para Suami Hargai Isteri

“Isteri Sediakan Makan, Jaga Anak-Anak..” Azlee Senario Seru Para Suami Hargai Isteri

Siapa tidak kenal penghibur tanah air, kumpulan Senario yang membuatkan gusi anda tidak kering dengan celoteh dan lawaknya yang dipaparkan di kaca televisyen suatu ketika dahulu.

Baru-baru ini, seorang ahli Senario, Azlee berkongsi di laman TikTok peribadinya untuk menyeru ‘para suami’ supaya lebih menghargai isteri masing-masing.

Menurut Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar, isteri merupakan insan terpenting dalam sesebuah institusi keluarga.

Dapat dilihat dari aspek penjagaan rumah, anak-anak, pengurusan perbelanjaan malah banyak lagi tugas yang dipikul oleh seorang isteri tanpa ‘si suami’ sedari.

Hal ini berikutan masalah keruntuhan rumah tangga disebabkan ‘orang ketiga’ masih menjadi berita hangat di negara kita malah tidak dinafikan ia juga tersebar luas di media sosial.

Azlee Senario seru para suami hargai isteri 

Dalam perkongsian di TikTok itu, dia menulis kapsyen:

Kita kena menjaga hati seorang isteri yang selalu menyediakan makanan untuk kita, basuh baju kita, menjaga anak-anak kita. Ya Allah, Kau rahmatilah isteriku, Aslinda Ayob. Gembirakan hatinya dan jadikalah dia isteri yang solehah. Amin,”

Justeru, tidak dinafikan video yang dikongsikan itu telah mendapat 1.4 juta tontonan, 68,700 tanda suka dan 1,076 komen yang ditinggalkan (setakat artikel ditulis).

Dalam video tersebut, dapat kita lihat, pelawak veteran itu berkongsi dua gambar dia dengan isterinya, Aslinda Ayob yang dilihat berpegangan tangan sambil berjalan di suatu pusat beli belah.

“Alhamdulillah.. moga kekal hingga ke Jannah..”

Tidak dinafikan, rata-rata warganet telah meninggalkan beberapa komen yang positif daripada perkongsian tersebut.

Malah, ada yang turut mendoakan kebahagian rumah tangga Azlee dengan isterinya yang dikatakan menjadi contoh kepada selebriti yang lain.

“Alhamdulillah.. moga kekal hingga ke Jannah,” komen netizen.

"<yoastmark

"<yoastmark

‘Terima kasih bang, pernah hiburkan kami dahulu’

Dalam kesempatan yang sama, netizen tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih atas penglibatan Azlee dalam industri seni tanah air sebagai pelakon dan pelawak.

Sesiapa yang pernah menonton Senario sahaja yang tahu bagaimana para pelawak ini membuat penonton menjadi ‘gila’ dan tak kering gusi dengan lawaknya.

"<yoastmark

BACA JUGA: Syamsul Yusof Dilapor Enggan Ceraikan Puteri Sarah

Sumber: azleesenariochanel | Tiktok

Florence Nuar