Siakap Keli
berbasikal umrah meninggal dunia mekah
Kredit: Facebook

Berbasikal Untuk Tunaikan Umrah, Lelaki Meninggal Dunia Sebaik Tiba Di Mekah

Berbasikal Untuk Tunaikan Umrah, Lelaki Meninggal Dunia Sebaik Tiba Di Mekah

Sebuah kisah sayu mengenai seorang jemaah umrah Syria yang sanggup berbasikal untuk tanah suci Mekah menjadi tular baru-baru ini.

Ghazi Jassim Shehadeh, 53, yang menetap di Jerman memulakan pengembaraan hebatnya dari Jerman dan tiba di Mekah 73 hari kemudian.

Seusai tiba di Tanah Suci, lelaki berasal Homs, Syria ini dilapor terkena serangan jantung dan meninggal dunia dalam keadaan menyarung kain ihramnya. Difahamkan, Allahyarham memulakan pengembaraan tersebut dari Hamburg pada 22 Oktober tahun lepas dan destinasi terakhirnya adalah di Kota Mekah, Arab Saudi.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada Jumaat, 17 Februari. Selain meninggal pada penghulu segagla hari, tarikh berkenaan juga istimewa kerana jatuh pada malam Israk Mikraj.

Shehadeh telah dikebumikan di Mekah pada jam 7.13 petang, selepas jenazahnya disolatkan di Masjidil Haram.

Berbasikal ke Mekah untuk umrah, meninggal dunia sebaik tiba

Sepanjang perjalanan tersebut, Shehadeh banyak berkongsi pengalaman dan dugaan yang ditempuhi bersama pengikutnya di media sosial. Seluruh perjalanan tersebut juga didokumentasikan dengan baik oleh Allahyarham.

Memetik Islamic Information, Allahyarham berharap perjalanan tersebut dapat disempurnakan kerana dia mahu menetap di Mekah dan mengabdikan diri pada agama.

Impian tersebut dinyatakan oleh Shehadeh ketika melafazkan doa dalam sebuah masjid besar, sebelum mengakhiri perjalanan di Mekah buat selama-lamanya.

Dalam perjalanan tersebut, Shehadeh telah merentasi beberapa buat negara termasuk Austria dan Itali. Dengan bantuan sebuah kenderaan, Allahyarham kemudian meneruskan perjalana ke Kaherah dan tiba disana pada 4 Februari.

Kemudian,dia meneruskan perjalanan menuju Laut Merah sehingga sampai ke persisiran Safaga, dan seterusnya ke Mekah al-Mukaramah.

Perjalanan Shehadeh ini telah meraih perhatian dan sokongan daripada seluruh pelosok dunia. Ketika berita pemergiannya diumumkan, ramai yang menzahirkan rasa dukacita atas pemergian salah seorang insan yang hebat di dunia ini.

Ikut Laluan Hijrah Nabi, Lelaki Jalan 500km Dari Mekah Ke Madinah

Sebelum ini, seorang lelaki yang merupakan seorang atlet, pengembara dan usahawan asal Arab Saudi, telah melengkapkan perjalanan epiknya sejauh kira-kira 500km.

Lebih manis, perjalanan tersebut mengikuti laluan Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah, lapor Arab News.

Badr Al-Shaibani, melengkapkan perjalanan tersebut dalam tempoh 12 hari dan turut mendokumentasikan seluruh pengembaraan tersebut.

Menurut Arab News lagi, Al-Shaibani yang berjalan kira-kira 40km setiap hari berkata, tujuannya adalah untuk mengetengahkan kisah penghijrahan agung itu yang berjaya mengubah sejarah dunia.

BACA: Ikut Laluan Hijrah Nabi, Lelaki Jalan 500km Dari Mekah Ke Madinah

Sumber: Siasat

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma