Siakap Keli
Ratu Rock negara
Kredit Ella via Twitter

Ratu Rock Negara, Ella Bakal Adakan Konsert Pada Jun Ini

Ratu Rock Negara Ella Bakal Adakan Konsert Pada Jun Ini 

Ratu Rock negara Ella Aminuddin pada malam tadi telah mengumumkan bakal mengadakan konsert pada bulan Jun ini.

Pengumuman itu dibuat Ella menerusi sidang media yang diadakan pada malam tadi. Konsert yang dinamakan ‘Jilid Akhir Ella Puteri Kota’ bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 Jun nanti.

Selain itu, Ella turut membuat pengumuman berkenaan konsert tersebut menerusi Twitter miliknnya. Menurutnya, tiket akan mula dijual pada Isnin depan, bermula 12 tengah hari.

Tiket bakal dijual dengan harga paling mahal iaitu VIP RM499, seterusnya Platinum RM299, Gold RM199, Rockzone RM149 dan yang paling murah ialah Silver RM99.

Pembelian tiket bagi VIP, Platinum dan Gold bakal mendapat beberapa barangan eksklusif konsert antaranya ialah ‘official lanyard’, ‘official poster’, ‘merchandise beg’.

Konsert itu diadakan bagi mengenang 35 tahun ulang tahun Ella dalam industri muzik tanah air dengan penghasilan lagu bergenre ‘Rock’.

Kredit Twitter

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Terdahulu, peminat Ratu Rock Malaysia itu dikejutkan melalui hantaran penyanyi wanita tersebut pada laman Instagram baru-baru ini.

Menerusi tinjaun ke atas akaun Instgramnya, didapati semua gambar yang pernah dimuat naik sebelum ini telah dipadam. Satu-satunya hantaran yang tinggal adalah hantaran mengejutkan yang dimuat naik Ella hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, Ella menitipkan satu ucapan yang begitu bermakna tetapi menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Terima kasih untuk 35 tahun -Ella-“, katanya.

Hantaran tersebut pantas menuai perhatian netizen tanah air, khususnya dalam kalangan peminat yang mengikuti rapat perkembangan seni beliau.

Walaupun tidak dapat dipastikan apa yang hendak disampaikan oleh beliau, namun peminatnya berharap penyanyi itu tidak meninggalkan dunia nyanyian buat masa ini.

Buat masa ini, hantaran tersebut meraih 11.2k tanda suka dan 435 komen. Walaupun hantaran sebelum ini tidak kelihatan, hantaran berbentuk Highlight IG Story masih dapat dilihat oleh pengguna Instagram lain.

Setakat ini, tiada perkhabaran rasmi mengenai pengunduran Ratu Rock Malaysia daripada dunia seni.

Ella ucap selamat tinggal?

Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila binti Haji Aminuddin dilahirkan pada 31 Julai 1966. Penyanyi kelahiran Pulau Pinang ini mula bergiat dalam dunia seni sejak 1985.

Selain penyanyi, artis berusia 56 tahun ini turut menceburi pelbagai karier seperti pelakon, pemuzik dan model. Antara lagu-lagunya yang ikonik seperti Rama-Rama, Sekuntum Mawar Merah, Dua Insan Bercinta dan lain-lain lagi.

Beliau turut menyanyikan lagu tema Sukan Komanwel yang berjudul ‘Standing In The Eyes of the World’, ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada 1998.

Sumber: Ella Aminuddin via Twitter

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka