Siakap Keli
mangsa lemas dua beradik
Gambar: Sinar Harian

Lemas Dua Beradik: Mangsa Kedua Ditemui

Lemas Dua Beradik: Mangsa Kedua Ditemui

SUNGAI PETANI — Dua beradik ditemukan lemas di sebuah lombong pasir berhampiran Kampung Permatang Kedundong, Pinang Tunggal hari ini.

Memetik Sinar Harian, kedua-dua mangsa difahamkan telah dilaporkan hilang sejak Sabtu semalam.

Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penolong Penguasa Bomba, Mohd Syukri Hashim berkata pada jam kira-kira 2.35 petang, mangsa kedua Muhammad Nasim Belal Hussain, 6  (abang) ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Mangsa ditemukan oleh pasukan PPDA yang melakukan pencarian di bahagian dasar. Dan menemui mayat mangsa dengan jarak kira-kira tiga meter dari tebing lombong.

“Penemuan itu membolehkan operasi mencari dan menyelamat yang bermula pada Sabtu malam ditamatkan,” jelasnya.

Mayat mangsa lemas dua beradik tersebut kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk proses lanjut.

BACA JUGA: Kepala Tersepit Pada Pokok, Mayat Kanak-Kanak Tiga Tahun Ditemui Dipercayai Dibunuh

Sebelum ini, mangsa pertama, Mamod Shukur, 4 (adik) telah ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 8.10 awal pagi tadi.

Mayat terbabit ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak lebih kurang 400 meter dari tebing.

Misi pencarian itu turut dibantu oleh orang awam.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, kes tersebut dikategorikan sebagai mati mengejut.

Tambah Zaidy, beliau berpesan pergerakan anak-anak perlu dipantau oleh ibu bapa khususnya sewaktu musim cuti persekolahan ini. Ia bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.

Terdahulu, mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun berjaya ditemui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor selepas kali laungan azan, lapor Bernama.

Mangsa ditemui ditemukan di bawah timbunan batu-bata selepas dilaporkan hilang akibat dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, Ampang.

Menurut Ketua Zon 4 (Hulu Langat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Shahrin Yusmar Mat Yusof, pada kira-kira 5.10 petang, mayat kanak-kanak terbabit ditemukan.

Penemuan mayat itu terletak pada jarak 400 meter dari lokasi kejadian dan 100 meter dari Pos Kawalan Bomba.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?