Siakap Keli
anugerah oscar michelle yeoh
Gambar: Melissa Goh/CNA

Anugerah Oscar: Michelle Yeoh Kongsi Saat Manis Dengan Ibu

Anugerah Oscar: Michelle Yeoh Kongsi Saat Manis Dengan Ibu

LOS ANGELAS — Sejurus mencipta sejarah dengan dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) ke-95, Tan Sri Michelle Yeoh berkongsikan detik-detik manis itu bersama ibu tercinta, Datin Janet Yeoh.

Momen indah itu dikongsikan oleh seorang wartawan Channel News Asia (CNA), Melissa Goh di platform Twitter. Dalam hantaran video itu menyaksikan Yeoh sempat menghubungi ibunya selepas merangkul gelaran tersebut.

Klip video berdurasi 50 saat itu memaparkan kelibat sang ibu, sanak-saudara dan rakan-rakannya terharu dengan kejayaan yang diperolehi.

Walaupun perbualan antara dua beranak itu kurang jelas, namun terpampang aksi Yeoh yang menayangkan trofi bersalut dengan emas 24 karat itu.

Memetik Sinar Harian, kesemua mereka meraikan malam penuh bersejarah itu dalam satu majlis di Pavilion, Kuala Lumpur.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan sekitar 100 selebriti tempatan turut hadir dalam majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berbangga dengan pencapaian pelakon berasal dari Ipoh itu dan mengucapkan tahniah.

Beliau berkata demikian selepas Yeoh dinobatkan sebagai pemenang kategori itu menerusi filem drama komedi “Everything Everywhere All at Once”.

BACA JUGA: Pelakon Kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh Menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe

Tambah Anwar, Yeoh merupakan pelakon berdarah Asia pertama yang berjaya memenangi anugerah berprestij itu. Pencapaian itu sememangnya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

“Besar harapan agar pencapaian ini akan terus memberi inspirasi kepada semua penggiat seni dan perfileman tempatan. Tahniah dan syabas dari seluruh rakyat Malaysia!,” jelas Anwar dalam satu kenyataan di Twitter.

Menang Trofi Anugerah SAG & Golden Globe

Terdahulu, pelakon Hollywood itu menjadi tumpuan media selepas diumumkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik dalam Screen Actors Guild (SAG) Awards, lapor CNN.

Bukan sahaja itu, beliau juga berjaya membawa pulang Anugerah Golden Globe pada bulan Januari lalu.

Sumber: Sinar Harian,  Twitter Melissa Goh

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?