Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Sepatutnya Saya Yang Berundur Hari Ini Tetapi..," - Hannah Yeoh

Hannah Yeoh
Kredit: Hannah Yeoh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mendedahkan bahawa beliau sepatutnya meletakkan jawatan susulan keputusan berkaitan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak.

Iklan

Bagaimanapun, menurutnya, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mahu beliau meneruskan perjuangan dengan menunaikan segala janji kepada rakyat.

Perkongsian Hannah Yeoh susulan peletakan jawatan Anthony Loke

“Sepatutnya saya yang berundur hari ini tetapi Setiausaha Agung saya mahu kami menunaikan segala janji kepada rakyat dan menyelesaikan kerja yang masih belum selesai.

“Akhirnya, beliau sendiri membayar harga tersebut,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook.

Kredit: Hannah Yeoh

Dalam hantaran itu, Hannah turut berkongsi gambar bersama Loke.

Kredit: Hannah Yeoh

Terdahulu, Loke mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan di rumah.

Menurutnya, keputusan itu berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah dijelaskan oleh beliau sebelum ini.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat dalam Jemaah Menteri beliau sejak Disember 2022,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Najib diperintah menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di sini, yang berkuat kuasa serta-merta.

Perintah baharu itu menyaksikan Najib menjalani hukuman tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028 sebelum kembali ke Penjara Kajang pada 24 Ogos tahun sama untuk menjalani hukuman penjara berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).