Siakap Keli
Amir Jahari Permohonan Maaf
Gambar: Amir Jahari & Bernama

“Harap YB Sudi Maafkan,” Amir Jahari Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

“Harap YB Sudi Maafkan,”Amir Jahari Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Penyanyi lagu tema filem Imaginur, Amir Jahari dalam satu kenyataan membuat permohonan maaf terhadap Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berhubung isu penggunaan lirik lagu miliknya.

Beliau dalam satu kenyataan di Twitter, meminta maaf berikutan kata-kata yang dilontarkannya baru-baru ini.

Amir Jahari Buat Permohonan Maaf

“Assalamualaikum. Di sini, saya, Mohamad Amirullah Bin Jahari, dengan rasa rendah diri dan seikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada Yang Berhormat (YB ) @emysamsudin atas kesilapan saya memilih kata dan cara yang tidak baik dalam membuat teguran tempoh hari,” katanya dalam satu ciapan hari ini.

Tambahan lagi, beliau menjelaskan perkara itu memberikan pengajaran terhadap dirinya. Lebih-lebih lagi dalam menjaga adab dan kata-kata terhadap orang yang lebih tua dan sesama insan.

Saya berharap YB @emysamsudin sudi untuk memaafkan segala khilaf saya,” tulisnya lagi.

Teguh Dengan Pendirian

Walau bagaimanapun, Amir teguh dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan kepada sesiapa sahaja menggunakan karyanya untuk tujuan berpolitik mahupun untuk tujuan memporak-perandakan.

“Saya jelaskan, tiada surat yang dihantar, tiada orang YB yang datang. Ini hanyalah cara saya memperbaiki diri, memang agak kasar cara saya menegur. Tapi tetap saya menegakkan bahawa lagu saya bukan untuk agenda politik, itu sahaja.

“Hentikan kebencian semua, sebarkan cinta!,” maklumnya lagi di platform media sosial berkenaan.

BACA JUGA: Mas Ermieyati Mohon Maaf Dengan Amir Jahari, “Saya Akan Guna Lagu Nasyid”

Sebelum ini, Mas Ermieyati Samsudin telah memohon maaf kepada Amir Jahari susulan menggunakan lagu miliknya dalam sebuah hantaran video, lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Perhimpunan Agung Srikandi Bersatu 2022 di Menara PGRM, Cheras.

Difahamkan, lagu ciptaan Amir digunakan sebagai latar belakang muzik video yang didakwa berunsur politik.

Tambahnya, beliau sanggup menggantikan muzik latar dengan lagu lain misalnya lagu nasyid atau lagu penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Amir Jahari Muzik saya mohon maaf. Saya akan turunkan post saya dan letak lagu nasyid atau Siti Nurhaliza, artis yang tidak kisah kalau nak pakai lagu dia untuk sosial, kebajikan dan politik,” katanya

Sumber: Twitter: @amirjaharimuzik, Astro Awani 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?