Siakap Keli
maut tersepit di bandar tasik selatan
Gambar via JBPM Facebook

Lelaki Maut Tersepit Dalam Nahas Di Bandar Tasik Selatan

 

Lelaki Maut Tersepit Dalam Nahas Di Bandar Tasik Selatan

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas terlibat dalam nahas yang melibatkan dua buah kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Bandar Tasik Selatan, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi, JBPM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan bahawa mereka telah menerima laporan berkenaan kejadian tersebut pada jam 7:30 pagi tadi.

Panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya tersebut dilaporkan telah dibuat menerusi panggilan di talian MERS999.

Berhubung kejadian itu, Bomba daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Besi kemudiannya telah dikerahkan menghantar jentera mereka ke lokasi kejadian.

Maut tersepit di bandar tasik selatan

Menurut Komander Operasi, dua buah kereta jenis Ford Everest dan Nissan Almera dilaporkan terlibat dalam kemalangan tersebut.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Mangsa berusia 46 tahun yang memandu kereta jenis Nissan Almera itu difahamkan telah tersepit di dalam kenderaan yang dipandunya.

Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan oleh Bomba daripada kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik ambulans HUKM di tempat kejadian.

Mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian berasingan, seorang individu dilaporkan patah kaki selepas 11 kenderaan terlibat dalam kemalangan di Batu 31, Jalan Labuk pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, panggilan berhubung kejadian diterima pasukannya pada jam 4.43 petang.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah lori dumper mengawal kenderaannya yang sedang bergerak dari arah Batu 32 menghala ke Bandar Sandakan sehingga melanggar tujuh kenderaan di hadapannya yang sedang berhenti menunggu giliran untuk bergerak kerana kerja menampal lubang di atas jalan sedang dilakukan.

“Akibat kejadian itu, kenderaan telah tersorong ke hadapan dan melanggar kenderaan lain di hadapannya dan pada masa sama kenderaan yang dilanggar telah masuk ke laluan bertentangan serta merempuh tiga lagi kenderaan lain dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Menurutnya lagi, seorang dilaporkan mengalami kecederaan patah kaki dan sedang dirawat di Hospital Kinabatangan akibat daripada kejadian itu.

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat via Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.