Siakap Keli
Liverpool naikkan harga tiket
Kredit Inside Sport

Pertama Kali Dalam Tempoh 8 Tahun, Liverpool Umum Bakal Naikkan Harga Tiket

Pertama Kali Dalam Tempoh 8 Tahun, Liverpool Umum Bakal Naikkan Harga Tiket

Liverpool bakal menaikkan harga tiket musimnya untuk musim depan buat pertama kali dalam tempoh lapan tahun berikutan peningkatan kos, kata kelab itu pada Selasa.

Memetik Inside Sport, kelab itu akan membekukan terus harga tiket untuk ‘junior’ dan jualan tempatan am yang akan kekal pada harga 9 pound setiap tiket.

Namun begitu, ia tidak akan ditambah sebanyak 17 pound pada harga tiket musim hadapan.

Liverpool naikkan harga tiket

“Peningkatan ini adalah hasil daripada kenaikan kos yang ketara di seluruh kelab,” kata Liverpool dalam satu kenyataan.

“Dalam tempoh lima tahun yang lalu, kos operasi tahunan untuk Anfield telah meningkat hampir 40% dan kos utiliti telah meningkat 100% pada musim ini,” tambah kenyataan itu lagi.

Namun begitu, berita kenaikan harga tiket itu telah mendapat komen negatif daripada Lembaga Penyokong LFC.

Malah mereka menggelar kenaikan itu sebagai sesuatu yang “kejam, tidak adil dan tidak munasabah”.

Di mana, sekarang ini Britain mengalami kos sara hidup yang tinggi dan inflasi tahunan kekal melebihi 10%.

“Peningkatan ini juga berlaku pada masa LFC melaporkan hasil rekod, peningkatan ketara di dalam padang,” kata Lembaga Penyokong.

Sementara itu, Lembaga Penyokong juga berkata bahawa mereka telah mencadangkan alternatif lain seperti perjanjian penajaan dan hak penamaan tetap agar kelab itu dapat menjana pendapatan bersama dengan kenaikan harga sebanyak 2%.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Liverpool di tangga keenam

Liverpool kini berada di tempat keenam dalam kedudukan EPL. Pasukan itu akan kehilangan tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan jika mereka gagal memenangi EPL atau berada di empat teratas liga domestik.

Liverpool akan berdepan Real Madrid untuk perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara pada malam ini selepas tewas dalam perlawanan pertama 5-2 di tempat sendiri pada pertengahan Februari lalu.

Terdahulu, Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menyifatkan prestasi buruk di tempat lawan sebagai punca persembahan tidak konsisten anak-anak buahnya.

Terutama dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.

Lapor Independent, kekalahan terhadap kelab di kedudukan 17 liga itu merupakan satu “tamparan besar” buat pasukannya selepas membenam musuh ketat Manchester United 7-0 di Anfield seminggu lalu.

Sumber: Inside Sport

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka