Siakap Keli
3 lembu dibaham harimau
Kredit: FB Dr Azman Ibrahim

3 Lembu Dibaham Harimau Di Setiu – Exco Terengganu

Tiga (3) Lembu Dibaham Harimau Di Setiu – Exco Terengganu

Sekurang-kurangnya tiga lembu milik seorang penternak mati dipercayai akibat dibaham harimau dalam kejadian di Kampung Langkap di Setiu, Terengganu.

Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim yang mendapat laporan berkenaan berkongsi kepada orang ramai dengan penemuan harimau di kawasan itu.

Lembu terbabit mati dengan bekas gigitan pada leher di dalam kebun milik penternak tersebut.

Beliau turut berkata kemungkinan haiwan berkenaan adalah harimau buas berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemui di sekitar bangkai itu.

Kredit: FB Dr Azman Ibrahim
Kredit: FB Dr Azman Ibrahim
Kredit: FB Dr Azman Ibrahim

“Tiga (3) ekor lembu dibaham harimau di Kampung Langkap di Setiu. Tengok saiz tapak boleh tahan juga,” memetik hantarannya di Facebook pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan para penternak untuk membuat laporan polis serta jabatan yang berkaitan.

Dr Azman memaklumkan bahawa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan menguruskan harimau buas berkenaan.

Kredit: FB Dr Azman Ibrahim

“Saya dah minta penternak supaya buat laporan polis dan Jabatan Veterinar. Insya Allah Kerajaan Negeri akan bantu penternak terlibat.

“Harimau bawah urusan Perhilitan,” ujarnya.

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihati supaya berjaga-jaga agar tidak menjadi mangsa haiwan buas itu.

BACA: 11 Ekor Lembu Dipercayai Dibaham Harimau, Gusarkan Penduduk

50 lembu mati keracunan, penternak rugi RM200,000

Sebelum ini, media melaporkan seorang penternak kerugian kira-kira RM200,000 apabila 50 ekor lembu ternakannya mati akibat keracunan di Machap Umboo, Alor Gajah, Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata lelaki berusia 43 tahun itu menyedari lembu miliknya dan adiknya itu, mati keracunan selepas diberitahu oleh seorang pekerja pada 7.30 pagi tadi.

“Pengadu beritahu kali terakhir dia lihat lembu tersebut masih dalam keadaan baik pada petang semalam, namun ternakan tersebut tidak dimasukkan ke dalam kandang kerana musim hujan dan dibiarkan berkeliaran mencari makan di dalam ladang kelapa sawit.

“Siasatan awal mendapati lembu tersebut menceroboh kawasan kebun tanaman pokok durian berhampiran ladang kelapa sawit tempat ternakan itu berkeliaran berikutan terdapat kesan pagar roboh akibat dirempuh binatang,” katanya dalam satu kenyataan.

Arshad berkata ternakan tersebut kebiasaannya mencari makan dengan meragut di ladang kelapa sawit berkenaan.

Sumber: Dr Azman Ibrahim/Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana