Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gagal Hadir Beri Keterangan, Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Exco Terengganu

Nurhanis
waran tangkap terengganu
Kredit: BERNAMA

Gagal Hadir Beri Keterangan, Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Exco Terengganu

KUALA TERENGGANU, 16 Mac (Bernama) — Mahkamah Pilihan Raya Terengganu mengeluarkan waran tangkap terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Mohd Nor Hamzah kerana gagal hadir memberi keterangan pada perbicaraan Petisyen Pilihan Raya bagi Parlimen Marang, hari ini.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Datuk Hassan Abdul Ghani selepas peguam pempetisyen, Muhammad Amin Othman memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong itu.

Muhammad Amin dalam kenyataan hari ini berkata pada Rabu (14 Mac) Hassan telah mengarahkan Mohd Nor untuk hadir semula ke mahkamah pada hari ini bagi menyambung memberikan keterangan.

“Namun begitu pada hari ini YB (Yang Berhormat) Mohd Nor telah gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah,” katanya.

Katanya perbicaraan bagi Petisyen Pilihan Raya Parlimen Marang bersambung Ahad ini (19 Mac).

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 12 Februari lepas menolak bantahan awal yang dikemukakan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk membatalkan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Marang yang difailkan calon Barisan Nasional.

Hassan kemudian menetapkan 6 hingga 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan.

Pada 3 Januari lepas, Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS telah menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

“Sudah jadi kelaziman makan nasi dengan kuah,” Exco Terengganu tepis dakwaan perlekeh Menu Rahmah

Sebelum ini, media melaporkan tular pada baru-baru ini berkenaan satu video yang memaparkan seorang Exco Terengganu didakwa memperlekeh Menu Rahmah.

Hanafiah Mat yang merupakan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Terengganu telah tampil menafikan dakwaan yang membabitkan dirinya itu.

Memetik Sinar Harian, Hanafiah berkata sedemikian selepas videonya sedang menjamah Menu Rahmah telah tular dan tersebar di media sosial pada Jumaat lalu.

Menurutnya, video tersebut dirakam ketika beliau menjamah nasi bersama rakan di sebuah kedai di luar Terengganu. Perbuatan itu katanya tiada sebarang kaitan dengan Menu Rahmah sebagaimana yang didakwa.

Sumber: BERNAMA