Siakap Keli
suami isteri maut
Gambar: Sinar Harian

Motor Terbabas, Suami Isteri & Bayi Dalam Kandungan Dilapor Maut

Motor Terbabas, Suami Isteri & Bayi Dalam Kandungan Dilapor Maut

ISKANDAR PUTERI  — Dalam satu kejadian di Kilometer (KM) 18.4J (arah Gelang Patah) awal pagi tadi, sepasang suami isteri termasuk bayi dalam kandungan maut selepas motosikal yang dinaiki terbabas, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, insiden berkenaan dipercayai berlaku kerana penunggang yang gagal mengawal motosikal sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Penunggang motosikal berkenaan berusia 36 tahun manakala isterinya 30 tahun dan bayi dalam kandungan berusia enam bulan setengah.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka, badan, tangan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” jelasnya.

BACA JUGA: Ratusan Anggota Polis Sujud, Mohon Maaf Atas 131 Nyawa Terkorban Dalam Tragedi Kanjuruhan

Bagaimanapun, kemalangan tersebut tidak melibatkan mana-mana kenderaan lain di tempat kejadian.

Mayat pasangan terbabit telah diserahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HAS) untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian, maklum Rahmat.

Terdahulu, seorang pemandu motosikal dilaporkan maut selepas kenderaan yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah lori yang dipercayai dipandu oleh pemandu lelaki di bawah pengaruh alkohol, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tok Beng Yeow berkata kemalangan membabitkan kedua-dua kenderaan itu berlaku kira-kira pada jam 5.15 petang.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas lori yang dalam perjalanan dari Air Bemban menuju Plaza Tol Sedenak itu hilang kawalan. Berikutan itu, ia telah merempuh motosikal berkenaan yang berada dari arah sama.

“Penunggang motosikal berusia 48 tahun yang cedera parah pada kepala dan badan, maut di tempat kejadian.

“Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat,” jelasnya.

Kata Tok, hasil ujian pernafasan mendapati pemandu lori berkenaan positif alkohol.

Sehubungan itu, lelaki terbabit telah direman selama empat hari. Manakala kes itu disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA JUGA: Derinkuyu Yang Misteri, Kenali Bandar Bawah Tanah Di Turkiye, Pernah Dihuni 20,000 Penduduk

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?