Siakap Keli
Pilu Ibu Hidap Kanser
Gambar: Twitter @mirul_Syaf

“Tak Sempat Nak Hadam Perasaan,” Lelaki Luah Rasa Pilu Ibu Tiba-Tiba Hidap Kanser

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Tak Sempat Nak Hadam Perasaan,” Lelaki Luah Rasa Pilu Ibu Tiba-Tiba Hidap Kanser

Sebagai seorang anak, sudah tentu kita mengetahui pahit manis yang telah dilalui oleh ahli keluarga. Hal ini kerana kita membesar dengan hasil titik peluh mereka sehingga kini. Penat lelah mereka siapa yang tahu.

Oleh itu, kita pastinya mahukan setiap perkara yang terbaik untuk mereka lebih-lebih untuk syurga kita.

Bagaimanapun, melihat mereka jatuh sakit dan tidak bermaya memberikan satu tamparan hebat buat kita. Lebih lebih lagi melihat mereka setia berkhidmat untuk masyarakat sewaktu menjalankan tugas.

Antara pekerjaan yang memerlukan nilai pengorbanan seperti askar, polis, dan juga termasuklah doktor. Doktor tergolong dalam pekerjaan yang mulia kerana membantu merawat orang ramai.

Dengan ubat-ubatan dan rawatan yang diberikan, mereka dapat menyelamatkan banyak nyawa. Walaupun mampu menyelamatkan ribuannya, namun mereka juga manusia biasa yang turut terdedah dengan serangan penyakit.

BACA JUGA: Kenapa Kereta Sedan Tiada “Wiper” Belakang Macam Hatchback?

Hari ini, pihak SK berkongsikan coretan seorang anak, @mirul_syaf tentang ibunya yang mengalami penyakit kanser.

Sewaktu dihubungi pihak SK, Amirul menjelaskan bahawa ibunya merupakan seorang pensyarah perubatan di sebuah institusi swasta. Difahamkan, ibunya telah disahkan menghidap sejenis kanser, Sigmoid Colon tahap tiga.

Hati anak mana yang tidak terluka melihat ibu yang dulunya lantang membantu merawat orang kini tidak mampu merawat diri sendiri.

Dulu Lantang Menyelamatkan Orang, Anak Pilu Ibu Kini Hidap Kanser

Gambar: Twitter @mirul_Syaf

Cukup dua minggu dari mula terima berita mak mempunyai kanser.

Dari mula tahu sehingga emergency surgery.

Tak sempat nak hadam perasaan, terkejut, sedih, lost, tak tahu nak rasa apa sebenarnya. Ye lah, mak berpuluh tahun kerja selamatkan orang, tiba-tiba perlu diselamatkan.

Tiba-tiba rasa dunia sekeliling shutdown. Nak meluah nanti dilihat tidak kuat mental. Dah lama tak rasa tiba-tiba nak tutup semua pintu dan pergi ke tempat yang jauh.

Mungkin menulis memoir begini dapat lah hilang sedikit yang terbuku.

Semoga mereka yang menghidap dan menghadapi dugaan kanser di luar sana dilapangkan kehidupan, difahami dan dimudahkan urusan.

Sumber: Twitter @Mirul_Syaf

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?