Siakap Keli

PPZ-MAIWP Perkasa Zakat Dalam Kalangan Warga UIAM Melalui Jihad Pendidikan

KUALA LUMPUR, 17 MAC 2023: Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini meneruskan siri Jihad Pendidikan yang ke empat dan pada kali ini dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dengan objektif yang sama, PPZ-MAIWP berhasrat agar pengetahuan zakat diperluaskan di kalangan penuntut dan pendidik institusi pengajian tinggi di samping menitikberatkan kebajikan para pelajar asnaf agar mendapat keperluan yang secukupnya sepanjang pengajian.

Majlis Pelancaran Jihad Pendidikan @ UIAM dirasmikan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Turut hadir Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar & Penglibatan Komuniti, Prof. Dr. Akmal Khuzairy bin Abd. Rahman.

PPZ-MAIWP melalui dana pemegang wakalah zakat, menyampaikan sumbangan kewangan secara keseluruhan berjumlah RM 119,000 kepada UIAM bagi 200 pelajar asnaf, 50 pelajar asnaf tahun akhir untuk menyempurnakan Final Year Project mereka, Mahabbah Food Coupon,IIUM Mahabbah Food Bank, Iftar Ramadan Coupon, Soup Kitchen IIUM dan juga Masjid Sultan Haji Ahmad UIAM.

Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dato’ Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, penganjuran Jihad Pendidikan ini adalah sebagai salah satu medium untuk kami mendekati pelajar-pelajar, pendidik dan kakitangan di institusi pengajian tinggi secara bersasar.

“Harapan kami agar penganjuran program sebegini dapat menarik lebih ramai pembayar zakat dari kalangan warga pendidik untuk menunaikan zakat dan secara tidak langsung dapat disalurkan kepada pelajar-pelajar asnaf,” katanya.

Untuk rekod, UIAM telah menjalinkan kerjasama dengan pihak PPZ-MAIWP sejak tahun Julai 2021melalui pelantikan sebagai Ejen Kutipan Zakat bagi pihak PPZ-MAIWP selama 2 tahun. Kerjasama berterusan ini dilihat sebagai elemen penting dalam membantu lebih ramai penerima zakat terutamanya di kalangan pelajar dan kakitangan UIAM serta boleh membantu dalam hebahan zakat dikalangan kelompok pendidikan. Kerjasama ini dijangka akan terus berkekalan dimasa hadapan.

Amira

Love yourself.