Siakap Keli
tulang kaki patah diserang jerung
Kredit: Newsflash

Lelaki Parah, Tulang Kaki Patah Riuk Diserang Jerung Ketika “Parasailing”

Lelaki Parah, Tulang Kaki Patah Riuk Diserang Jerung Ketika “Parasailing”

Seorang pelancong berusia 37 tahun berdepan detik cemas selepas diserang ikan jerung ketika melakukan aktiviti ‘parasailing’ bersama rakan-rakannya di kawasan perlancongan mewah di Aqaba, Jordan.

Memetik The Sun UK, anggota badan lelaki Jordan itu telah disambungkan pada payung terjun yang berwarna terang ketika kakinya mula mencecah permukaan air lautan.

Tidak lama selepas bahagian kakinya mula menyentuh permukaan air, seekor ikan jerung tiba-tiba muncul dari dasar lautan dan menggigit kaki mangsa.

Sungguhpun begitu, mangsa bernasib baik kerana ikan pemangsa tersebut tidak sempat mengheretnya ke lautan.

Namun pergelutan antara dirinya bersama jerung tersebut telah mengakibatkan kecederaan yang parah. Hal ini disebabkan, ikan tersebut telah meniggalkan kesan gigitan yang sangat dahsyat.

Mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Tentera Putera Hashem dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut terpaksa menjalani prosedur pembedahan.

Pihak perubatan telah menjalankan pembedahan terhadap kaki kanannya, yang mana beberapa tendon dan ototnya terkoyak disebabkan insiden sebelum ini.

Tulang kaki patah diserang jerung

Beberapa tulang lelaki tersebut turut dilaporkan patah semasa insiden pahit itu, yang menyebabkan penduduk tempatan terkejut dan bersimpati ke atasnya.

Serangan jerung di perairan Jordan bukan satu perkara yang biasa

Walaupun sebab serangan ikan jerung berkenaan masih tidak dapat dipastikan, pakar berkata bahawa kehadiran haiwan akuatik itu di perairan Aqaba merupakan satu perkara yang luar biasa.

Untuk makluman, bandar tersebut kaya dengan kehidupan marin, termasuklah ikan jerung sirip putih. Spesies tersebut dikenali kerana ia menyerang manusia dalam beberapa kes.

Menurut Mohammad Qatawneh dari Pusat Selam Antarabangsa Aqaba, beliau memaklumkan orang ramai bahawa serangan ikan jerung di Teluk Aqaba bukanlah satu perkara yang biasa.

Ketika ditemu bual Jordan News, beliau berkata: “Serangan jerung tersebut telah meraih perhatian media. Sejujurnya, berita tersebut telah menakutkan ramai orang, tetapi perkara ini boleh berlaku di mana-mana sahaja.

“Sebagai contoh, terdapat ular dan kala jengking di Karak. Namun, haiwan-haiwan tersebut tidak cukup berbahaya sehingga mampu menakutkan manusia,

“Saya telah menyelam selama 20 tahun dan inilah kali pertama saya terdengar mengenai kes serangan ikan yu.”

Tambahnya: “Terdapat pelbagai jenis jerung. Kita ada jerung karang, jerung gitar, dan beberapa jenis lain tetapi ke semua tidak berbahaya.”

Sementara itu, Mohammed Khalil Al Zabada dari Kolej Sains Marin memberitahu  Gulf News: “Jerung dapat ditemui di seluruh dunia.”

“Dan Lautan Merah sahaja, terdapat beberapa jenis ikan jerung nam kehadirannya di kawasan perairan Aqaba adalah sesuatu perkara yang jarang-jarang berlaku.”

Beliau mengatakan, jerung biasanya tidak ditemui di kawasan perairan cetek di persisiran pantai Jordan.

BACA: Percaya Cahaya Matahari Sumber Makanan, Polis Tahan Pasangan “Influencer” Sebabkan Anak Mati Kebuluran

Sumber: The Sun UK

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma