Siakap Keli
Gempa Ecuador & Peru
Gambar: Gleen Suarez / AFP

Gempa Bumi Kuat Landa Ecuador & Peru, 14 Orang Dilapor Terkorban

Gempa Bumi Kuat Landa Ecuador & Peru, 14 Orang Dilapor Terkorban

ECUADOR — Sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan maut manakala sebahagian lagi cedera dalam insiden gempa bumi kuat yang melanda di Ecuador dan Peru semalam, lapor AFP

Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam satu kenyataan memaklumkan, bahawa gegaran berlaku pada kekuatan berukuran 6.8 magnitud dengan kedalaman hampir 66 kilometer (41 batu) pada jam 12.12 tengah hari waktu tempatan.

Difahamkan pusat gempa terletak di perbandaran Ecuadoran Balao berhampiran sempadan Peru.

Menurut pihak berkuasa, gempa tersebut mengakibatkan bangunan musnah, dan kenderaan remuk ditimpa runtuhan di sekitar bandar Machala dan Cuenca.

Salah seorang pembekal barangan jahitan di Cuenca, Magaly Escandon memberitahu AFP, situasi yang berlaku menyebabkan orang ramai panik dan dia berlari untuk menyelamatkan diri.

Gempa Ecuador & Peru
Gambar: Gleen Suarez / AFP

“Saya keluar ke jalan kerana saya melihat orang ramai mula berlari dalam keadaan panik dan ada yang keluar dari kereta mereka,” katanya.

Sementara itu, Presiden Ecuador, Guillermo Lasso melaporkan 13 orang terkorban termasuk 11 orang di wilayah El Oro manakala dua di wilayah Azuay.

“Terdapat ramai orang awam yang cedera dan sedang mendapatkan rawatan segera di hospital,” katanya.

BACA JUGA: Gempa Bumi Kuat Sekali Lagi Gegar Turkiye

Gempa Ecuador & Peru
Gambar: Gleen Suarez / AFP

Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan lawatan ke El Oro dan sempat berkunjung ke hospital. Lasson kini dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Azuay.

“Saya baru sahaja melawat bandar Machala. Saya juga telah mengesahkan sokongan kerajaan dalam menyediakan sumber,” jelasnya dalam satu hantaran video di Twitter.

Bagaimanapun, Lasso tidak menjelaskan angka rasmi bagi bilangan orang yang tercedera dalam bencana itu.

Menurut laporan rasmi, seorang lagi mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun. Kanak-kanak malang itu dilaporkan meninggal dunia akibat dihempap bata pada bahagian kepalanya.

Gambar: Gleen Suarez / AFP

Gegaran kuat itu juga dapat dirasai di sekitar bandar-bandar lain termasuk Guayaquil, Quito, Manabi dan Manta.

Sebelum ini, Lasso meminta orang ramai untuk kekal tenang dengan situasi yang menimpa negara berkenaan dalam satu laporan rasmi berhubung kerosakan infrastruktur yang berlaku.

Pada awalnya, pihak berkuasa seismologi Peru melaporkan gempa itu berukuran 7.0 magnitud sebelum menyatakan pada kadar 6.7 magnitud.

Gempa Ecuador & Peru
Gambar: Gleen Suarez / AFP

Menurut Tentera Laut Ecuador, gegaran awal mencatatkan rekod 4.8 magnitud di Balao, Ecuador. Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Terdahulu, gempa bumi kuat dengan magnitud 7.8 melanda wilayah barat Ecuador di Manabi dan Esmeraldas pada tahun 2016. Bencana itu telah meragut 673 orang dengan kerugian sekitar RM13.4 bilion ($3 bilion).

Sumber: AFP

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?