Siakap Keli
Berjuta-Juta Ikan Mati Hanyut Di Sungai
Kredit: CNN | Yahoo News

Akibat Gelombang Haba, Berjuta-Juta Ikan Mati Hanyut Di Sungai

Akibat Gelombang Haba, Berjuta-Juta Ikan Mati Hanyut Di Sungai

Berjuta-juta ikan mati hanyut di sungai berhampiran sebuah bandar kecil di Australia ekoran fenomena gelombang haba yang melanda negara itu ketika ini.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada minggu ini yang menunjukkan jutaan ikan terapung menutupi kolam Menindee Weir berhampiran Broken Hill.

Menurut Jabatan Industri Utama (DPI) di New South Wales, ikan seperti herring dan karper telah ‘dipaksa’ kembali ke sungai kerana cuaca panas.

Berjuta-Juta Ikan Mati Hanyut Di Sungai
Kredit: Yahoo News

“Kematian ikan ini berkaitan dengan paras oksigen rendah dalam air (hipoksia) apabila air banjir surut.

“Keadaan ini dikenali sebagai gelombang haba yang dikatakan terus memberi tekanan kepada sistem yang mengalami keadaan yang melampau selepas banjir.

“Cuaca panas di rantau ini juga memburukkan lagi hipoksia kerana air lebih panas mengandungi kurang oksigen berbanding air sejuk,” jelasnya.

Tambahnya lagi ikan memerlukan tahap oksigen yang lebih tinggi pada suhu yang lebih panas.

Ikan mati akibat gelombang haba: Amaran telah diberikan kepada Australia

Difahamkan, gelombang haba di seluruh Australia telah menjadi lebih kerap berlaku berikutan perubahan iklim dan menyebabkan suhu global meningkat.

Dalam pada itu, pakar dan agensi kerajaan telah memberi amaran bahawa Australia akan terus menyaksikan lonjakan keadaan hujan dan panas yang melampau.

Berjuta-Juta Ikan Mati Hanyut Di Sungai
Kredit: CNN

Memetik CNN, Menindee adalah sebuah lokasi luar bandar di barat New South Wales yang mempunyai populasi kira-kira 500 penduduk.

Malah, penemuan ini (ikan mati) juga dilaporkan berlaku di Lembah Macquarie (pinggir bandar dan taman negara).

Bagaimanapun, ini bukan pertama kali penduduk Menindee melihat kematian ikan secara besar-besaran.

Pada Februari lalu, beribu-ribu ikan mati dilaporkan di kawasan itu dan juga dipercayai berlaku pada tahun 2019.

BACA JUGA: Banjir: Ikan Kerapu Hibrid Mati, 32 Penternak Rugi Lebih RM1 Juta

Malah, ia bukan sahaja berlaku di luar negara, sebelum ini Siakap Keli melaporkan seramai 32 penternak ikan kerapu hibrid di Laguna Semerak mengalami kerugian lebih RM1 juta apabila ternakan mereka mati, akibat banjir.

Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Semerak Mustapa Bakar berkata kejadian dipercayai berlaku apabila air hujan (tawar) melimpah secara berlebihan ke kawasan laguna itu yang memiliki 2,100 petak sangkar ikan.

“Beribu-ribu ikan kerapu hibrid yang diternak mati setiap hari sejak empat hari lepas. Ikan kerapu hibrid diternak untuk pasaran Kuala Lumpur, Johor dan Singapura boleh dijual pada harga RM60 sekilogram,” katanya.

Sumber: CNN

Florence Nuar