Siakap Keli
saman trafik 60 peratus
Kredit: BERNAMA

Tawaran Diskaun Saman Trafik Hingga 60 Peratus Bermula 20 Mac Esok

Tawaran Diskaun Saman Trafik Hingga 60 Peratus Bermula 20 Mac Esok

Sebagai rakyat Malaysia, antara perkara yang dinanti-nantikan semestinya tawaran diskaun yang dibuat oleh mana-mana pihak daripada pelbagai bidang.

Perkara tersebut secara tidak langsung membantu orang ramai menguruskan kewangan dengan lebih baik serta memberi penjimatan lumayan buat mereka melunaskan hutang dan sebagainya.

Tawaran diskaun itu selalunya dilakukan pada hari perayaan, ulang tahun dan lain-lain dimana orang ramai boleh menikmati pengurangan harga dengan kadar yang berpatutan.

Justeru bersempena Hari Polis Ke-216, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menawarkan diskaun saman trafik sehingga 60 peratus.

Kredit: FB JSPT
Kredit: FB JSPT

Tawaran diskaun tersebut akan berkuat kuasa bermula 20 Mac esok sehingga 31 Mac ini dan pembayaran boleh dibuat seawal pukul 8 pagi.

Difahamkan, pembayaran pengurangan kompaun saman trafik itu boleh dilakukan secara dalam talian dan fizikal di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis kontinjen dan daerah di seluruh negara.

Bagi pengguna yang ingin membayar dalam talian mereka boleh mendaftar di laman portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman.

Aplikasi tersebut boleh didapati di Google Playstore, Apple store dan Huawei AppGallery.

BACA: Sindiket Diskaun Saman Trafik: Empat Anggota Polis Antara 11 Ditahan

10 kesalahan trafik tidak termasuk dalam tawaran diskaun

Bagaimanapun, pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi 10 kesalahan seperti kemalangan, kesalahan bicara mahkamah dan kesalahan berkaitan kenderaan berat.

Dalam pada itu, ia juga termasuk kesalahan memotong secara bahaya, menggunakan lorong kecemasan dan Kesalahan tidak boleh kompaun (NC).

Tidak patuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, kesalahan pengubahsuaian ekzos dan saman berstatus OP selamat juga tersenarai.

Terdahulu, pada Januari JSPT turut melakukan diskaun 50 peratus pengurangan kadar saman trafik yang berlangsung selama tiga hari.

Pembayaran saman pula boleh dilakukan di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di Kuala Lumpur dan melalui aplikasi MyBayar Saman.

Maklumat lanjut boleh layari laman Facebook JSPT atau di bawah ini.

Sumber: JSPT/Facebook

BACA: Elak Rakam Orang Untuk ‘Content’ Sendiri, Silap Haribulan Boleh Berdepan Penjara, Denda Hingga RM50k

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana