Siakap Keli
diana danielle cerai
Kredit: BERNAMA

Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil

Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil

PETALING JAYA, 20 Mac (Bernama) — Selepas hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon iaitu Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dekat sini.

Diana, atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada 10 Mac lepas menerusi Tetuan Akberdin & Co dan menamakan Farid, atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, sebagai defendan.

Permohonan cerai itu dikemukakan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pelakon utama filem Imaginur itu memfailkan permohonan tersebut atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri.

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Diana, ketika dihubungi mengesahkan anak guamnya memfailkan permohonan itu.

Beliau berkata semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof hari ini, kedua-dua pihak diarah melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan cerai.

Katanya mahkamah menetapkan 28 Mac ini sebagai sebutan kes.

Farid, yang popular dengan filem Remp-IT dan Lagenda Budak Setan, diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Farid dan Diana yang sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 Nov 2012 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Puteri Sarah & Syamsul hadir prosiding sebutan kes cerai

Sebelum ini, media melaporkan Pengarah filem, Syamsul Yusof, 39, dan isterinya, Puteri Sarah, 38, hadir ke Kompleks Mahkamah Syariah bagi sebutan kes cerai.

Kedua-duanya datang secara berasingan, masing-masing jam 9 dan 9.38 pagi ini bagi menghadiri prosiding sebutan kes permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah.

Puteri Sarah sebagai plaintif telah mengemukakan permohonan cerai pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co dan meletakkan suaminya, Mohd Shamsul selaku defendan.

Untuk makluman, pasangan berkenaan telah mengikat tali perkahwinan pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Puteri Sarah telah menfailkan permohonan cerai pada 16 Januari 2023, kira-kira dua bulan lalu. Peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah memberitahu pemberita sebutan kes ditetapkan pada 7 Mac.

Mereka turut menyerahkan saman berkenaan terhadap defendan dan beliau perlu menghadiri prosiding mahkamah pada tarikh tersebut.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana