Siakap Keli
Pelajar Perempuan Tersepit Besi
Gambar: JBPM

Pelajar Perempuan Tersepit Besi Penutup Longkang Pada Hari Pertama Sekolah

Pelajar Perempuan Tersepit Besi Penutup Longkang Pada Hari Pertama Sekolah

SHAH ALAM, 20 Mac (Bernama) — Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Seksyen 7 di sini terpaksa menanggung kesakitan pada hari pertama sesi persekolahan apabila kakinya tersangkut di besi penutup longkang, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.08 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

BACA JUGA: Sesi Sekolah Di Kedah, Terengganu, Kelantan Lancar, Beberapa Sekolah Di Johor Tergendala

Beliau berkata seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam tiba di sekolah tersebut pada pukul 9.17 pagi dan memulakan operasi menyelamat mangsa berumur 16 tahun itu.

“Remaja perempuan itu dipercayai tersepit selama 20 minit di besi penutup longkang berkedalaman satu meter. Bomba telah menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh seminit tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?