Siakap Keli
pn tolak permohonan pejuang
Kredit: BERNAMA

PN Tolak Permohonan Pejuang

PN Tolak Permohonan Pejuang

Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) telah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) ke dalam parti itu.

Sebelum ini, PEJUANG menerusi presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menghantar permohonan kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai gabungan tersebut.

Dalam masa sama, surat permohonan tersebut turut sama diutuskan kepada Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Gerakan Malaysia (GERAKAN), Datuk Dominic Lau.

Memetik media tempatan, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata keputusan penolakan itu dibuat semasa mesyuarat.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi PN yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin

“Majlis Tertinggi PN telah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan Parti Pejuang Tanah Air ke Perikatan Nasional,” katanya.

Pejuang mohon sertai PN

Awal bulan lalu, Mukhriz Mahathir memaklumkan partinya telah memohon untuk menjadi anggota komponen dalam PN.

Difahamkan, keputusan permohonan terbabit mendapat persetujuan daripada Majlis Eksekutif Pusat (MEP) Pejuang semasa mesyuarat.

“Keputusan ini telah disepakati MEP selepas meneliti dan menilai semua pilihan gabungan atau kerjasama politik yang ada.

“Perjuangan PN adalah sesuai dengan mandat yang kami perolehi dari Perhimpunan Agung Pejuang kali ke-2 baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Mukhriz, penyertaan Pejuang dalam PN bukan sahaja sewatku Pilihan Raya Negeri (PRN), namun ia adalah untuk masa yang lama.

“Lebih menguntungkan semua pihak jika Pejuang menyertai PN dan bertanding menggunakan lambang PN, yang bermakna kesepakatan parti itu dengan PN tidak terhad hanya kepada PRN yang bakal berlangsung Jun ini, tetapi juga untuk jangka masa panjang.

“Penyertaan Pejuang sebagai anggota komponen PN adalah untuk memastikan tiada perpecahan undi Melayu dalam pilihan raya yang mendatang,” tambahnya.

Sebelum ini, Pejuang yang merupakan salah satu gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) dilaporkan telah kalah di semua 125 kerusi yang dipertandingkan.

Susulan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari parti itu dan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Pejuang.

Sumber: FB Perikatan Nasional, Awani

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana