Siakap Keli

SPOTV Memulakan Musim Baharu MotoGPTM 2023 Dengan Free Trial Di Aplikasi SPOTV NOW

SINGAPURA, 21 Mac 2023 – Peminat sukan di Asia Tenggara akan menerima kenikmatan  berganda apabila SPOTV memulakan musim baharu MotoGP minggu ini dan dalam masa yang  sama menawarkan free trial (uji cuba) bagi aplikasi striming mereka, SPOTV NOW. 

Para peminat boleh menikmati striming secara langsung di SPOTV NOW secara percuma apabila  mereka mendaftar dalam tempoh 22 Mac – 4 April 2023. Ini bukan sahaja akan memberikan  mereka akses kepada perlumbaan MotoGP di Portugal dan Argentina, tetapi juga Formula E Prix di Sao Paulo Brazil. 

2023 akan menjadi tahun yang besar bagi perlumbaan motor berkelas premier apabila MotoGP  World Championship 2023 bukan sahaja meraikan edisi ke-75 tetapi juga Grand Prix ke-1000 di  Le Mans pada Mei. 

Dengan 21 Grand Prix di 18 negara dan dengan penambahan 21 perlumbaan Sprint MotoGP,  musim akan bermula di Portugal, yang akan menganjurkan perlumbaan pertama musim ini buat  pertama kali, dari 24-26 Mac 2023**. 

Saksikan semua aksi perlumbaan dengan liputan penuh kesemua perlumbaan MotoGP tahun ini  di saluran SPOTV dan juga SPOTV NOW – yang juga akan merangkumi Helicam dan kamera di  jentera. Kru SPOTV juga akan berada di lapangan di Portugal untuk membawakan kepada anda  konten tambahan yang mereka boleh akses di laman media sosial SPOTV seperti: belakang tabir  dan sorotan perlumbaan harian, Facebook Live dari lapangan, paddock, fan zone serta temubual  ekslusif bersama pelumba-pelumba. 

SPOTV komited dalam memperkenalkan era baharu dalam hiburan sukan dengan membawa  peminat lebih dekat dengan sukan terkenal dunia, bukan sahaja di kaca TV, tetapi juga melalui  aplikasi SPOTV NOW dan juga konten belakang tabir dan liputan di lapangan di @SPOTVMY di  YouTube, Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter.  

SPOTV NOW boleh didapati di Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Filipina, dan Singapura di  Google Play Store dan App Store.  

Saluran SPOTV di Malaysia boleh disaksikan di Astro dan Unifi TV.

*Free trial akan bermula selama dua minggu dari tarikh mendaftar. E.g. Jika anda mendaftar pada  4 April, free trial adalah dari 4 – 17 April. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa