Siakap Keli

Vios 2023: Kereta Nampak Mewah Dengan Harga Mampu Milik

Harga Toyota Vios 2023

Toyota Vios Generasi Ke-4 telah pun dilancarkan semalam. SK berpeluang untuk mencuba sendiri model terbaru dari Toyota ini di Langkawi pada 15 Mac yang lepas.

 Model kali ini dilancarkan dalam dua varian sahaja, varian G dan E, masing-masing berharga RM95,500 dan RM89,500.

 Dalam artikel ini, SK nak kongsikan pandangan min untuk Toyota Vios Generasi Ke-4 semasa pandu uji di Langkawi.

vios 2023

 Reka Bentuk Tampak Segar Dan Moden

 Hadir dengan rupa serba baharu, Vios Gen-4 ini mempunyai reka bentuk yang ala-ala Toyota Camry, memberikannya gelaran sebagai Baby Camry dikalangan pengguna sosial media.

Harga Toyota Vios Di Sini

harga toyota vios 2023

 Dengan bentuk sportback di belakang dan rim 17 inci dua-tona untuk varian G, Vios Gen-4 tampak lebih garang dan sporty. Varian E hadir dengan rim bersaiz 16 inci.

harga toyota vios 2023

 Foglamp juga telah pun dibuang dan digantikan dengan air-vent yang bertujuan untuk menyejukkan brake disc dan menjadikan kereta lebih aerodinamik.

harga toyota vios 2023

Vios Gen-4 ini kini menggunakan platform yang berdasarkan Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Wheelbase semakin panjang sebanyak 70mm menjadikan kereta tampak lebih besar berbanding Vios Gen-3.

Kemasan Dalaman Yang Simple Tapi Premium

Vios Gen-4 varian G didatangkan dengan Electronic Parking Brake with Auto Brake Hold. Push Start Button juga dialih ke bahagian tengah kereta / sebelah kiri pemandu.

Pemandu juga dapat menikmati meter digital 7 inci yang boleh diubah rupanya.

Dari segi binaan kemasan pula, Vios Gen-4 hadir dengan kemasan kulit untuk varian G dan fabrik untuk varian E.

Harga Toyota Vios Di Sini

interior vios 2023

 Selain itu juga, kedua-dua varian G dan E mendapat Display Audio with Wireless Apple CarPlay & Android Auto sebesar 9 inci dan juga wireless charger, menjadikan penggunaan wayar tidak diperlukan lagi.

Ini menjadikan Vios Gen-4 tampak lebih mewah dan eksklusif berbanding segmen B lain. Namun begitu, ruang hadapan cuma mempunyai satu USB port sahaja iaitu di ruang infotainment yang membuatkan sesiapa yang inginkan fast charging terpaksa menggunakan USB port dari ruang belakang yang hadir dengan USB A dan USB C.

infotainment vios 2023

Kredit gambar: Toyota UMW

Aircond vent juga disediakan untuk penumpang belakang. Jadi, penumpang belakang akan berasa lebih selesa, ditambah pula dengan ruang kaki yang lebih luas disebabkan oleh platform yang berdasarkan DNGA.

Namun, reka bentuk sportback Vios Gen-4 menjadikan ruang kepala agak sempit. Pengalaman SK sendiri yang tinggi 170 cm. Apabila berada di tempat duduk belakang, jarak kepala dan bumbung hanyalah sebanyak 1-2 cm sahaja.

vios 2023 back view

Walaubagaimanapun, SK sendiri berasa bahagian butang aircond Vios Gen-4 ini nampak seperti kemasan yang agak lapuk, kurang sesuai dengan bahagian lain yang nampak kemas dan mewah.

 Enjin Yang Sama Tetapi Masih Padu

 Toyota masih menggunakan enjin yang sama untuk model kali ini iaitu Dual VVT-i 4 silider, yang mempunyai kuasa pengeluaran sebanyak 106ps pada 6,000 rpm dan 138nm torque pada 4,200 rpm.

engine bay vios 2023

Kredit Gambar: Toyota UMW

Walaupun dari dalam kertas spesifikasi kuasa enjin kurang berbanding Honda City. Tetapi Vios Gen-4 ini didatangkan dengan 3 mode, Eco, Normal dan Power.

Semasa pandu uji SK di Gunung Raya, Power mode memberi lebih kuasa dan sepanjang dakian, Vios Gen-4 berjaya mendaki dengan mudah tanpa rasa sluggish.

 Kotak Gear Dan Penukaran Pedal ala Kereta Sport

 Sama juga seperti Vios Gen-3, Vios Gen-4 ini masih lagi menggunakan transmisi CVT iaitu 7-speed CVT with Sequential Shiftmatic.

Tetapi untuk kali ini pula, varian G didatangkan dengan paddle shifter. Bertujuan memberi lebih fleksibiliti pada pemandu untuk memandu dengan gaya sendiri. Tiada varian manual diperkenalkan untuk generasi kali ini.

vios 2023 steering

Seperti yang ramai tahu, transmisi CVT digelar sebagai manja dan laggish.  Tetapi sepanjang pandu uji SK di Langkawi, kotak gear Vios Gen-4 ini memberi tindak balas yang sangat baik, dari segi penukaran gear manual paddle shifter dan tiada sebarang jerking dirasakan.

Harga Toyota Vios Di Sini

Transmisi CVT ini dipadankan pula dengan enjin VVT-i. Bentuk moden syang aerodinamik, menjadikan Vios Gen-4 ini lebih cekap bahan api sebanyak 5.2 liter per 100km.

Toyota Safety Sense Yang Diperbaharui

 Vios Gen-4 kini mempunyai Toyota Safety Sense yang serba baharu untuk kedua-dua varian, kini hadir dengan Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Warning (LDW) dan Lane Departure Prevention (LDP).

Namun, hanya varian G sahaja yang akan mempunyai Lane Keeping Control (LKC), Auto High Beam (AHB), Adaptive Cruise Control (ACC) dan Front Departure Alert (FDA).

 Berbeza dengan semasa Vios Gen-3 yang diperbaharui pada tahun 2020, ianya hadir dengan Toyota Safety Sense, tetapi cuma didatangkan dengan Pre-Collision System dan Lane Departure Warning.

 Toyota Safety Sense yang ditambah pula dengan fitur lain seperti traction control, ABS, blind spot monitor, brake-assist dan sebagainya, menjadikan Toyota Vios Generasi Ke-4 ini sebagai satu kereta yang SK rasa paling selamat untuk dipandu pada tahun 2023.

 Pengalaman Pandu Uji SK

 Sepanjang tiga hari SK diberi peluang untuk pandu uji model terbaru keluaran Toyota ini, SK berasa seperti Toyota Vios Gen-4 ini bukan lagi macam Vios yang sebelum-sebelum ini.

Reka bentuk luaran dan dalaman tampak premium memberi rasa seperti memandu kereta mewah, bukan seperti segmen B yang lain.

Dengan pengendalian yang lebih mantap, mode power yang memberi penguasaan enjin sepenuhnya, SK berasa seperti kuasa enjin yang diberi cukup untuk kegunaan harian dan juga sebagai weekend fun car.

 Tetapi, min ada sedikit perasaan yang Toyota Vios Gen-4 ni mempunyai DNA Perodua sedikit disebabkan oleh platform yang digunakan adalah sama seperti model Perodua yang baru seperti Ativa dan Axia.

Walaubagaimanapun, Vios adalah Vios dan yang pasti, Toyota Vios Generasi Ke-4 ini bukanlah seperti Toyota Vios yang korang pernah kenal, ianya adalah Vios serba baharu.

Harga Toyota Vios Di Sini

Gambar-gambar lain

harga toyota vios harga toyota vios harga toyota vios harga toyota vios harga toyota vios harga toyota vios

 Penulis: Ilyas Zain

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)