Siakap Keli
pemandu treler dipukul
Kredit: Sinar Harian

Cedera Di Pipi Kanan, Polis Sahkan Terima Laporan Pemandu Treler Dipukul Awam

Cedera Di Pipi Kanan, Polis Sahkan Terima Laporan Pemandu Treler Dipukul Awam

Seorang pemandu treler yang menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan dilapor telah dipukul oleh orang ramai sehingga menyebabkan kecederaan di pipi kanan, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong mengesahkan pihaknya menerima satu laporan daripada mangsa berkaitan perkara itu.

Semalam, satu kemalangan maut berlaku, membabitkan sebuah treler dan motosikal di Kampung Telok Gong, di Pelabuhan Klang.

Difahamkan, pemandu berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan dan telah mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) sebagai pesakit luar.

“Pemandu telah buat laporan di Balai Polis Pandamaran, di sini petang semalam (Rabu) berhubung kes dia dipukul oleh individu yang belum dikenal pasti.

“Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti pelaku terbabit,” ujarnya pada hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Hoong fong berkata wanita yang menunggang motosikal itu dipercayai hilang kawalan semasa melalui permukaan berpasir.

“Semasa kejadian, treler dari arah Klang menghala ke Telok Gong, apabila sampai di persimpangan Jalan Bawal, sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang wanita bersama dua pelajar sekolah iaitu pelajar perempuan (sembilan tahun) dan pelajar lelaki (tujuh tahun) keluar dari simpang menghala ke arah sama dengan treler berkenaan,” jelasnya.

Susulan itu, penunggang yang berusia 54 tahun itu dan pembonceng terjatuh di atas jalan raya kerana tidak dapat mengawal motosikal tersebut.

“Mangsa merupakan seorang pelajar perempuan digilis oleh roda tayar belakang treler, meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk tampil memberikan maklumat sekiranya mempunyai informasi kejadian di balai polis berdekatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Yunus Abd Rahim di talian 011-25300305 atau Balai Polis Trafik Klang Selatan melalui talian 0333722222 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

BACA: “Sampai Sana Jangan Lupa Ibu…Tarik Kami Ke Syurga Ya”- Ibu

Sampai ‘pecah’ & berdarah, isteri pemandu treler kesal suami didakwa dibelasah

Sebelum ini, tular video yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai pemandu lori treler terlibat dalam kemalangan itu didakwa dibelasah beberapa individu.

Menurut Ezza (@_kakngahezza_), orang ramai tidak sepatutnya mengambil keputusan sendiri tanpa menyelidiki terlebih dahulu punca kemalangan tersebut.

Dalam pada itu, dia juga sempat mengirimkan bacaan Al-Fatihah kepada mangsa maut dalam kemalangan itu.

”Al-Fatihah kepada keluarga arwah. Sayangilah nyawa anda semua. Semoga dipermudahkan segala urusan kami semua,” katanya.

Sumber: Sinar Harian, _kakngahezza_/TikTok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana