Siakap Keli
tarik kami ke syurga ibu
Gambar: Instagram

“Sampai Sana Jangan Lupa Ibu…Tarik Kami Ke Syurga Ya”- Ibu

“Sampai Sana Jangan Lupa Ibu…Tarik Kami Ke Syurga Ya”- Ibu

Kasih sayang ibu tidak dapat ditandingi, lagi-lagi apabila mereka menzahirkan perasaan sayang mereka kepada anak-anak.

Semalam, seorang ibu terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada salah seorang anaknya yang maut dalam kemalangan digilis treler.

Mengikut laporan media semalam, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dilapor terlibat dalam kemalangan maut ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang.

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun. Turut membonceng motosikal tersebut adalah adik mangsa yang berusia berusia tujuh tahun.

Nurul Jannatun Assyifa Muhammad Jamathir (9) disahkan meninggal dunia manakala adiknya, Alif Zahfran Muhammad Jamathir, (7) megalami kencederaan ringan.

Pemergian mengejut dikala kita semua sedang membuat persiapan menyambut Ramadan itu sudah tentu adalah ujian berat kepada keluarga arwah.

Ibu kepada mangsa, Rubyatul Adawiyah menerusi Instagram berkongsi bahawa jenazah anaknya sudahpun selamat dikebumikan malam tadi.

Wanita tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan arwah dan kesabaran buat mereka.

“Hanya mampu cakap terima kasih (kerana) doakan kami. Tak mampu nak balas satu per satu sebab kami masih tak kuat.

“Masih tak boleh nak buka semua dm dan wasap sebab tak sanggup nak baca,” katanya.

tarik kami ke syurga ibu
Kredit: Instagram

Keadaan anak lelakinya yang terselamat daripada kemalangan di Telok Gong

Pada Instagram Story seterusnya (IG Story), ibu kepada tiga orang anak ini berkongsi keadaan adik arwah yang sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

“Awak strong boy la alipp… Lepas ni kita kena doakan kakak selalu. ”

tarik kami ke syurga ibu
Kredit: Instagram

Ibu titip pesan, “Tarik kami ke syurga ya”

Dalam perkongsian seterusnya, Rubyatul turut berkongsi suasana semasa proses pengebumian arwah anaknya.

“Awak dah sampai sana, jangan lupa ibu, abah, kakak dengan Alip tau. Tarik kami bawa ke syurga ya.”

“Ibu sayang anak-anak ibu…ibu sayang awak…” tulisnya pada IG Story.

murid maut digilis ibu luah rasa pilu
Kredit: Instagram

Semoga roh anak perempuan Rubyatul dicucuri rahmat dan seluruh seisi keluarga diberikan kekuatan serta kesabaran saat diuji dengan ujian getir ini.

BACA: Anak Maut Digilis Treler, Hasrat Sekeluarga Sedondon Hitam Di Pagi Raya Tidak Kesampaian

Sumber: Rubyatul Adawiyah via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma