Siakap Keli
Ibu tunggal didenda
Kredit BERNAMA

Lacur: Ibu Tunggal Didenda RM2,500

Lacur: Ibu Tunggal Didenda RM2,500

GEORGE TOWN, 23 Mac (Bernama) — Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas.

Wanita berusia 43 tahun, dari Jalan Pokok Sena, Kedah mengaku bersalah terhadap dakwaan melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Penang antara pukul 2 pagi dan 2.25 pagi 19 Mac lepas, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Majistret Azlan Basri turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Sementara itu di mahkamah yang sama dua lagi wanita masing berusia 23  dan 32 mengaku tidak bersalah dan memohon bicara selepas pertuduhan sama dibacakan terhadap mereka.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Kedua-dua wanita itu masing-masing dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan Azlan menetapkan tarikh 28 Jun untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Majistret berasingan, dua lagi wanita berusia 33 dan 27 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan sama dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret R.Manomani.

Manomani membenarkan dua wanita itu diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April serta 28 Jun untuk sebutan semula.

Kesemua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil dan M. Darrshini manakala kesemua tertuduh diwakil peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Cheah Eng Soon dan Hazarul Iqram Rozahan.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka