Siakap Keli
Masjid terbakar al-quran tidak dijilat api
Kredit: TikTok

Masjid Terbakar Teruk, Yang Lain Hangus Tetapi Al-Quran Tidak Dijilat Api

Masjid Terbakar Teruk Tetapi Al-Quran Tidak Dijilat Api

Beberapa rak yang mengandungi al-Quran dilaporkan tidak dijilat api dalam insiden kebakaran yang berlaku di Masjid Ibnu Sina.

Semalam, sebuah masjid yang berada di Taman Tasik Titiwangsa, Masjid Ibnu Sina dilaporkan musnah akibat kebakaran yang dikhabarkan bermula dari dewan solat utama di masjid berkenaan.

Susulan insiden tersebut, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan tinjauan ke tapak masjid berkenaan.

Dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok (@damai_jawi)  yang menunjukkan bahagian dalam masjid selepas kebakaran tersebut.

Keadaan dalam masjid berkenaan tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Lantai menjadi hitam akibat diselubungi abu hasil daripada insiden kebakaran.

Kebanyakan harta benda dilaporkan musnah dalam insiden terbabit, bertepatan dengan laporan Bernama pada 23 Mac yang mengatakan anggaran kerosakan sekitar 90 peratus.

Namun, terdapat satu perkara yang luar biasa apabila rak al-Quran yang mengandungi beberapa naskhah kitab suci tersebut tidak dijilat api.

Naskah-naskhah al-Quran tersebut ditemui dalam keadaan baik walaupun keseluruhan tempat tersebut hampir musnah dijilat api.

Video perkongsian keadaan masjid tersebut telah meraih sebanyak 11.7k jumlah tontonan, 1299 likes dan 167 komen setakat ini.

Perkongsian tersebut telah membuatkan para warganet kagum atas penemuan yang ditemui dalam perkarangan masjid yang sudah terbakar secara keseluruhannya.

@damai_jawi

Luarbiasa… Tiada satu pun Al Quran terbakar semasa kejadian kebakaran

♬ Tasbih Dzikir – IFTAH QULUBANA

“Dah banyak kejadian terbakar yang melibatkan al-Quran tak terbakar. Tapi kita sahaja yang masih lalai. Masih tak ingat nak baca Quran.” tulis komen salah seorang pengguna TikTok.

“Mungkin ade hikmah Allah nak tunjuk dekat kita, kalau diri dah sebati degan Quran, api pun takut nak dekat.. Allahuakbar!!”

Rata-rata warganet mengucapkan ‘Subhanallah (Maha Suci Allah)’ dan ‘Allahuakbar (Allah Maha Besar)’ ketika menonton video terbabit.

Masjid Ibnu Sina Di Titiwangsa Musnah Dalam Kebakaran

Sebelum ini, Kariah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa dilaporkan tidak sempat menunaikan solat sunat tarawih pertama apabila hampir 90 peratus ruangan masjid itu musnah dalam kebakaran kira-kira 7 malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.10 petang, sebelum tiba di tempat kejadian pada 7.17 malam.

“Sebanyak tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah dengan kekuatan 21 anggota, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan anggaran kemusnahan sebanyak 90 peratus,” katanya.

Tambah jurucakap, kebakaran tersebut dapat dikawal pada 7.27 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 9.36 malam. Semasa kejadian tersebut, tiada jemaah masjid berada dalam kawasan yang terjejas.

Menurut laporan Sinar Harian, maklumat daripada forensik bomba menyatakan kejadian berpunca panahan petir yang kuat di atas bumbung masjid. Kejadian telah menyebabkan api merebak dengan cepat dan memusnahkan bangunan masjid.

@damai_jawi

Allah takdirkan di malam pertama Ramadan Dewan Solat utama Masjid Ibnu Sina dll terbakar.

♬ Sholawat Sedih – Instrumental – Asraf Studio

BACA: World Athletics Larang Transgender Bertanding Acara Sukan Wanita

Sumber: damai_jawi via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma