Siakap Keli
polis cari suspek puluhan bangkai kucing
Kredit: Persatuan Haiwan Malaysia

Penemuan Puluhan Bangkai Kucing: Polis Cari Suspek

Penemuan Puluhan Bangkai Kucing: Polis Cari Suspek

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, pada 11 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas dan telah pun membuka berkata kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.

“Saya mengesahkan telah menerima laporan polis daripada pemilik rumah sewa berkenaan dan siasatan sedang dijalankan termasuklah mengenal pasti suspek terlibat,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi akaun Facebooknya mendedahkan tentang penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki berusia 31 tahun di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Perbuatan itu terbongkar selepas jiran-jiran di kondominium berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah itu.

Sehubungan itu MAA menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh dan komprehensif berhubung perkara berkenaan.

BACA: Penemuan Puluhan Bangkai Kucing: Persatuan Haiwan Malaysia Gesa Veterinar Buat Siasatan

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma