Siakap Keli
gempa bumi iran cedera
Kredit: snexplores.com pic

239 Cedera Dalam Gempa Bumi Di Iran

239 Cedera Dalam Gempa Bumi Di Iran

TEHRAN, 26 Mac (Bernama-Xinhua) — Jumlah mangsa yang cedera dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 5.6 yang menggegarkan barat laut Iran pada pagi Jumaat kini mencecah 239 orang, lapor Xinhua memetik ISNA pada Sabtu.

Gempa yang berlaku berhampiran daerah Khoy di wilayah Azarbaijan Barat pada 6.46 pagi waktu tempatan (0316 GMT) itu mempunyai kedalaman 8 kilometer, menurut Pusat Seismologi Iran (IRSC).

Ketua Pertubuhan Bantuan dan Menyelamat Iran, Sadeq Mahmoudi berkata 50 mangsa yang cedera adalah dari daerah Khoy dan selebihnya dari daerah Salmas.

Beliau berkata 219 orang telah discaj manakala 20 lagi termasuk tujuh dari Khoy dan 13 dari Salmas, dimasukkan ke wad.

Mahmoudi berkata khemah dan selimut telah dihantar kepada penduduk di kawasan yang dilanda gempa bumi.

Pada Jumaat, Ketua Pengarah Yayasan Perumahan Azarbaijan Barat Jafar Barzegar memberitahu agensi berita rasmi Iran IRNA bahawa 80 unit kediaman di 10 kampung di daerah Salmas dan Khoy rosak akibat gempa bumi itu.

Pada akhir Januari, gempa bumi bermagnitud 5.9 magnitud melanda Khoy County yang meragut tiga selain mencederakan lebih 800 orang.

Gempa bumi kuat landa Ecuador dan Peru, 14 orang dilapor terkorban

Minggu lalu, media melaporkan, sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan maut manakala sebahagian lagi cedera dalam insiden gempa bumi kuat yang melanda di Ecuador dan Peru.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam satu kenyataan memaklumkan, bahawa gegaran berlaku pada kekuatan berukuran 6.8 magnitud dengan kedalaman hampir 66 kilometer (41 batu) pada jam 12.12 tengah hari waktu tempatan.

Difahamkan pusat gempa terletak di perbandaran Ecuadoran Balao berhampiran sempadan Peru.

Menurut pihak berkuasa, gempa tersebut mengakibatkan bangunan musnah, dan kenderaan remuk ditimpa runtuhan di sekitar bandar Machala dan Cuenca.

Salah seorang pembekal barangan jahitan di Cuenca, Magaly Escandon memberitahu AFP, situasi yang berlaku menyebabkan orang ramai panik dan dia berlari untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, Presiden Ecuador, Guillermo Lasso melaporkan 13 orang terkorban termasuk 11 orang di wilayah El Oro manakala dua di wilayah Azuay.

Sumber: BERNAMA

BACA: Gempa Bumi 6.0 Magnitud Gegar Selatan Filipina

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana