Siakap Keli
Hakim Danish Kedudukan Portimao
Gambar: Stadium Astro via Astro Awani

Hakim Danish Raih Kedudukan Ketiga Di Portimao

Hakim Danish Raih Kedudukan Ketiga Di Portimao

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli nyata berada dalam kelas tersendiri, selepas membuka tirai kejuaraan Red Bull Rookies Cup 2023 dengan meraih kedudukan ketiga dalam Perlumbaan 2 di Portugal, hari ini.

Pada perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, pelumba berusia 16 tahun yang membuat penampilan sulungnya di pentas antarabangsa itu, sekali gus memperbaiki kedudukan kelima diraihya pada Perlumbaan 1 semalam.

Muhammad Hakim Danish menggunakan jentera KTM, cemerlang menamatkan saingan podium dipisahkan 0.017 saat di belakang pelumba Sepanyol, Angel Piqueras yang mengungguli tempat pertama (26:09.348s) serta rakan sepasukannya Marcos Ruda tempat kedua (26:09.350s).

BACA JUGA: Hakim Danish Rangkul Gelaran Juara Idemitsu Asia Talent Cup 2022

Pelumba berasal dari Terengganu itu kini menduduki tangga keempat keseluruhan kejuaraan dengan mengumpul 27 mata.

Seorang lagi pelumba negara yang turut bersaing di kejuaraan itu, Danial Syahmi Ahmad Shahril pula menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10.

Muhammad Hakim Danish dan Danial Syahmi akan meneruskan saingan kejuaraan di Litar Jerez, Sepanyol yang berlangsung pada 29 dan 30 April ini.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?