Siakap Keli
Burung Di Malaysia
Gambar: TikTok @hudzaqwan_

Ingatkan Di Luar Negara Rupanya Gambar Burung Ini Di Malaysia Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ingatkan Di Luar Negara Rupanya Gambar Burung Ini Di Malaysia Je

Seperti yang diketahui, burung merupakan sejenis haiwan yang sukar untuk dilihat secara dekat, apatah lagi untuk ditangkap. Haiwan ini rata-ratanya membiak secara bertelur.

Terkenal dengan kepelbagaian spesies, ia menjadikan sesetengah daripadanya dianggap bernilai oleh orang ramai.

Bagi segelintir jurugambar alam tegar atau birders, mereka lebih gemar untuk menghabiskan waktu yang lama untuk mengambil gambar burung dari jarak yang dekat.

Jika dilihat di luar negara, ramai di antara mereka menggunakan pelbagai cara untuk melihat spesies burung dengan lebih dekat termasuklah menyamar atau bersatu dengan alam.

Walau bagaimanapun, dalam sebuah hantaran video di TikTok baru-baru ini, tular pelbagai gambar menarik burung Malaysia yang diambil oleh Mohamad Hud Zaqwan.

Dalam video berdurasi 26 saat itu, memaparkan lelaki itu dengan sabar menunggu kehadiran burung dengan kelengkapan kamera.

@hudzaqwan_

Ever since I have re-active in Birding Photograph since Feb 2023, these are the birds that i have shot using my Nikon Z7 II with Nikkor 200-500mm F5.6. Love our nature. Love our wildlife #birdingphotography #birds #wildlife #photographer #wildlifephotography #nature #naturephotography #photographerlife #trekking #fyp

♬ in this shirt – favsoundds

Menurut Hud Zaqwan sewaktu dihubungi oleh pihak SK, kebanyakan gambar burung diambil di pelbagai lokasi berbeza. Difahamkan, gambar burung dalam video berkenaan diambil di Taman Negara Merapoh, Taman Botani Negara Shah Alam, Fraser’s Hill dan Hutan Lancang.

Burung Malaysia
Gambar: Mohamad Hud Zaqwan

“Kebiasaanya kalau saya dan team pergi shoot burung (birding), sekurang-kurangnya, seharian kami tunggu. Kalau saya sendirian, biasanya dua hari.

“Itu tempoh yang sangat normal bagi kami Birding Photography,” jelasnya ketika dihubungi.

Burung Malaysia
Gambar: Mohamad Hud Zaqwan

Mengulas lebih lanjut, tambahnya, setakat ini sekitar 50 spesies burung telah berjaya dikesan olehnya.

“Untuk setakat ini, saya ada dalam lingkungan 50 spesis burung yang saya pernah shoot. Tapi kami sebagai Wildlife Photography, kami tak berapa fokus pada jumlah burung.

BACA JUGA: Kali Terakhir Dilihat Sekitar Tahun 1840, Burung Murai Berkulit Hitam Muncul Lagi Selepas 170 Tahun

“Kami fokus pada momen semasa shoot burung tu. Dia tengah feeding ke, tengah In Flight ke. Ini lebih penting dari jumlah spesis yang kami pernah shoot,”ujarnya lagi.

Burung Malaysia
Gambar: Mohamad Hud Zaqwan
Burung Malaysia
Gambar: Mohamad Hud Zaqwan

Kesemua gambar tersebut diambil olehnya menggunakan kamera miliknya. Antara peralatan yang digunakan termasuklah Body Camera Nikon Z7 II,  FTZ Adapter II, Lens Nikkor 200-500mm F5.6, Tripod dan Video Head.

Ramai Tak Percaya Lokasi Di Malaysia

Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen terkejut ketika mengetahui semua gambar tersebut rupa-rupanya diambil di dalam negara.

Sebahagian pengguna memuji hasil dan kualiti gambar yang diambil kerana berjaya memukau mata mereka.

Sumber: TikTok @hudzaqwan

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?