Siakap Keli
masjid sulawesi indonesia runtuh
Kredit: VIVA

Kubah Masjid Runtuh, 12 Orang Cedera Di Sulawesi Indonesia

Kubah Masjid Runtuh, 12 Orang Cedera Di Sulawesi Indonesia

JAKARTA, 27 Mac (Bernama) — Sekurang-kurangnya 12 orang cedera apabila sebahagian kubah masjid di Sulawesi Selatan, Indonesia runtuh.

Masjid di daerah Ujung Tanah, Makassar yang dibina pada 1993 dilaporkan runtuh ketika ratusan jemaah termasuk kanak-kanak berkumpul untuk menunaikan solat Tarawih.

Datuk Bandar Makassar Danny Pomanto berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tentera, pusat kesihatan masyarakat Pattingalloang dan Hospital Akademis Jaury.

Beliau juga mengarahkan semua pihak berkuasa yang berkaitan memberi sokongan kepada mangsa yang cedera dan mengarahkan penutupan sementara masjid.

Siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama jabatan kerja awam bandar untuk mengenal pasti punca kejadian, ketua polis Pelabuhan Makassar Yudi Frianto dipetik media sebagai berkata.

BACA: Genap 40 Tahun Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais Berkhidmat Sebagai Imam Masjidil Haram

Masjid terbakar teruk, yang lain hangus tetapi Al-Quran tidak dijilat api

Kredit: TikTok (@damai_jawi)

Sementara itu di Malaysia, beberapa rak yang mengandungi al-Quran dilaporkan tidak dijilat api dalam insiden kebakaran yang berlaku di Masjid Ibnu Sina.

Dua hari lalu, sebuah masjid yang berada di Taman Tasik Titiwangsa, Masjid Ibnu Sina dilaporkan musnah akibat kebakaran yang dikhabarkan bermula dari dewan solat utama di masjid berkenaan.

Susulan insiden tersebut, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan tinjauan ke tapak masjid berkenaan.

Dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok (@damai_jawi)  yang menunjukkan bahagian dalam masjid selepas kebakaran tersebut.

Keadaan dalam masjid berkenaan tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Lantai menjadi hitam akibat diselubungi abu hasil daripada insiden kebakaran.

Kebanyakan harta benda dilaporkan musnah dalam insiden terbabit, bertepatan dengan laporan Bernama pada 23 Mac yang mengatakan anggaran kerosakan sekitar 90 peratus.

Namun, terdapat satu perkara yang luar biasa apabila rak al-Quran yang mengandungi beberapa naskhah kitab suci tersebut tidak dijilat api.

Naskah-naskhah al-Quran tersebut ditemui dalam keadaan baik walaupun keseluruhan tempat tersebut hampir musnah dijilat api.

Video perkongsian keadaan masjid tersebut telah meraih sebanyak 11.7k jumlah tontonan, 1299 likes dan 167 komen setakat ini.

Perkongsian tersebut telah membuatkan para warganet kagum atas penemuan yang ditemui dalam perkarangan masjid yang sudah terbakar secara keseluruhannya.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.