Siakap Keli
beza ikan keli & ikan sembilang
Gambar: TikTok @uncle.temolek

Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Beza Ikan Keli & Ikan Sembilang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Beza Ikan Keli & Ikan Sembilang

Malaysia antara kawasan yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis ikan air tawar. Ia meliputi kawasan sungai, tasik, saliran air, lombong dan sebagainya.

Antara spesies ikan yang sering kita temui adalah Haruan, Lampam, Tilapia, Baung, Tilan dan termasuklah Ikan Keli. Umumnya, ikan keli sering menjadi hidangan atau aneka makanan.

Disebabkan itu, ramai penternak ikan juga memelihara ikan keli di dalam kolam atau kawasan air tawar secara komersial. Bagaimanapun, ikan keli ini mempunyai banyak persamaan dengan ikan lain yang dikenali sebagai Ikan Sembilang.

Rupa bentuknya yang hampir sama menyebabkan ramai yang sering keliru dan tersalah anggap kedua-dua jenis ikan ini.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik oleh @uncle.temolek di TikTok menjelaskan perbezaan antara ikan keli dan ikan sembilang.

Perbezaan Ikan Keli & Ikan Sembilang

Menurutnya, ikan keli mempunyai dua sengat pada bahagian sisi kanan dan sisi kiri. Manakala ekornya pula berbentuk bulat.

“Ikan keli, sengat dia memang ada dua, atas dia takde sengat. Lepastu ekor dia, perhatikan betul-betul. Ekor dia bulat. Ekor memang macam ni, dia tak tajam,” ujarnya dalam video itu.

Manakala bagi ikan Sembilang pula, ia mempunyai tiga sengat. Berbeza dengan ikan keli yang mempunyai dua sengat sahaja.

“Nak tengok ikan sembilang apa beza dia, dia ada tiga sengat. Satu (sisi kanan), dua (sisi kiri) dan tiga dekat atas pun ada.(bahagian atas kepala).

“Lepastu kita tengok ekor dia lain dan tajam. Ekor dia lurus dan panjang,” katanya lagi dalam klip video tersebut.

Beza Ikan Keli & Ikan Sembilang

@uncle.temolek

#temolekciptanama #temolek #fyp #professorpes #professorlambshank #sembilang #keli

♬ original sound – Temolek – Temolek

BACA JUGA: Jangan Keliru, Abang Ini Ajar Cara Bezakan Udang Belaan & Udang Laut

Tambah pemilik video, dia memohon agar orang ramai tidak salah faham dengan kedua-dua spesies itu.  Lebih-lebih lagi di Negeri Sembilan, ikan keli juga dipanggil sebagai “Ikan Sembilang”.

Selain itu, rasa kedua-dua ikan berkenaan juga adalah berbeza sekiranya dijadikan hidangan.

Sementara itu, ruangan komen tidak kurang meriahnya dengan pelbagai pendapat masing-masing mengenai jenis dan rasa ikan itu. Malah ada sebahagian pengguna juga sempat bertanya berkaitan resepi ikan tersebut.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat hampir 45,000 tontonan dan lebih 1,000 tanda “Suka” serta 64 komen.

Sumber: TikTok @uncle.temolek

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?