Siakap Keli
perlis dilanda ribut dahsyat
Kredit: Facebook

Ribut Landa Bazar Raya Di Kangar, Khemah Habis Tunggang-Langgang

Ribut Landa Bazar Raya Di Kangar, Khemah Habis Tunggang-Langgang

Beberapa kawasan di Kangar, Perlis dilanda ribut sehingga mencetuskan kerosakan terhadap beberapa premis milik orang ramai dan peniaga pada petang tadi.

Situasi ribut berkenaan menjadi tular di media sosial dan turut dikongsikan oleh laman Facebook Perlis Aktif hari ini. Menrusi video-video yang menjadi tular itu, ia menunjukkan keadaan sebelum dan selepas kawasan itu dilanda ribut.

Antara hantaranya termasuklah sebuah rakaman video yang memaparkan kejadian ribut kuat yang telah merosakkan beberapa khemah Festival Mega Raya Aidilfitri di Kangar Jaya.

Dalam video yang berdurasi 16 saat tersebut, khemah-khemah yang dipasang peniaga kelihatan terumbang ambing.

Malah, ada beberapa daripadanya terangkat ke udara dan menimpa khemah-khemah yang lain dalam tapak tersebut.

Beberapa jam kemudian, PerlisAktif memuat naik hantaran berupa foto-foto kawasan tersebut selepas dilanda ribut.

Berdasarkan foto tersebut, kesan ribut pada tapak perniagaan tersebut telah merosakkan 12 buah khemah dan sebuah pentas.

Difahamkan, pihak penganjur akan menggantikan khemah dengan kadar segera. Bagi khemah yang tidak terjejas, para peniaga dapat menjalankan perniagaan seperti biasa.

Khemah-khemah peniaga di Bazar Ramadan Taman Sena Indah turut menghadapi nasib yang serupa.

Selain daripada tapak perniagaan, ribut kuat tersebut turut memberikan kerosakan terhadap infrastruktur bangunan di Perlis.

Berdasarkan foto-foto orang ramai, kebanyakan infrastruktur ringan seperti atap zink tidak dapat menangani kekuatan badai ribut petang tadi.

Sebahagian daripada rangka besi didapati berada di atas jalan raya dan menghalang lalu lintas. Selain rangka besi, sebuah pokok dilaporkan tumbang dan menganggu pergerakan kenderaan di atas jalan raya.

Ia turut menghempap sebuah kenderaan milik orang awam yang berdekatan dengan lokasi tersebut.

Beberapa khemah turut dilaporkan ‘terbang’ sehingga mendarat di atas bumbung di atas bumbung Pasar Bumbung Kangar.

Tempat kediaman orang awam turut terkena tempias daripada isiden tersebut. Dalam foto kiriman Reswan Ramili, sebuah rumah kayu tradisional didapati telah kehilangan dindingnya, dipercayai dibawa angin ribut.

Selain dinding, bumbung bagi beberapa rumah orang awam turut thilang tanpa meninggalkan sebarang jejak.

Karnival Raya Padang Serai Dibadai Ribut Semalam

Semalam, beberapa gerai di tapak Karnival Raya Padang Serai hari ini dilaporkan roboh ekoran kejadian ribut yang melanda kawasan itu petang tadi. Kejadian ribut berkenaan turut berserta dengan hujan lebat.

Menurut seorang saksi, kejadian ribut berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.30 petang.

Kemusnahan yang berlaku melibatkan sekurang-kurangnya 82 khemah antaranya seperti bumbung terbang dan khemah terbalik.

Keadaan di lokasi ribut berkenaan turut menarik perhatian orang ramai, khususnya pengunjung yang berkongsi situasi semasa di sana menerusi platform media sosial.

Peniaga-peniga yang terlibat bermungkinan mengalami kerugian yang besar. Bagaimanapun setakat ini, tiada laporan berkenaan perkara tersebut.

BACA: Gerai Tunggang Langgang, Viral Karnival Raya Padang Serai Dibadai Ribut

Sumber: PerlisAktif via Facebook

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma