Siakap Keli
karnival raya padang serai ribut
Kredit: Facebook Kulim Media TV

Gerai Tunggang Langgang, Viral Karnival Raya Padang Serai Dibadai Ribut

Gerai Tunggang Langgang, Viral Karnival Raya Padang Serai Dibadai Ribut

Beberapa gerai di tapak Karnival Raya Padang Serai hari ini dilaporkan roboh ekoran kejadian ribut yang melanda kawasan itu petang tadi. Kejadian ribut berkenaan turut berserta dengan hujan lebat.

Menurut seorang saksi, kejadian ribut berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.30 petang.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Kulim Media TV, beberapa video dan foto menunjukkan kesan kemusnahan selepas kejadian ribut itu berlaku. Difahamkan, tapak kawasan karnival itu terletak di hadapan pusat beli belah, Serai Wangi Mall.

Kongsi Kulim Media TV lagi, kemusnahan yang berlaku melibatkan sekurang-kurangnya 82 khemah antaranya seperti bumbung terbang dan khemah terbalik.

Keadaan di lokasi ribut berkenaan turut menarik perhatian orang ramai, khususnya pengunjung yang berkongsi situasi semasa disana menerusi platform media sosial.

Berdasarkan foto-foto yang dikirim Halim Curut pula, ia menunjukkan keadaan gerai dan khemah niaga selepas ribut reda.

Hanya beberapa khemah yang didapati masih berdiri dengan utuh dan manakala selebihnya sudah terbalik ataupun rosak teruk.

Hasil penelitian ke atas gambar-gambar tersebut, peniaga-peniga yang terlibat mungkin berdepan dengan kerugian yang besar. Bagaimanapun setakat ini, tiada laporan berkenaan perkara tersebut.

Ramalan ribut petir serta fasa peralihan monsun

Menurut Google Weather, cuaca di Padang Serai mulai hujan pada 2.00 petang dengan kekuatan angin kira-kira 11 kilometer per jam.

Kemudian, hujan dilaporkan berhenti ketika 5.00 petang dan rekod kekuatan angin meningkat kepada 14 kilometer per jam.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah memberikan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan yang terlibat, termasuklah kawasan sekitarnya.

Amaran tersebut dikeluarkan pada 3.15 petang dan berakhir kira-kira 6.00 petang hari ini.

Bukan itu sahaja, fasa peralihan monsun dijangka bermula 23 Mac ini dan berterusan sehingga pertengahan Mei, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang bermula sejak 7 Nov 2022.

Berdasarkan infografik yang dimuat naik dalam Twitter rasmi MetMalaysia, terdapat beberapa corak cuaca semasa fasa peralihan monsun ini.

Antaranya: “cuaca cerah pada waktu pagi, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang yang lebih menyeluruh dalam jangka masa singkat pada petang hingga awal malam.”

Ia turut berpotensi untuk mencetuskan puting beliung dan menghasilkan hujan batu. Fenomena ini berlaku di kebanyakan kawasan di pantai barat dan pedalaman Semenanjung. barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.

BACA: Jurujual Dipenjara 2 Tahun, Denda RM50,000 Sebabkan Lima Ekor Kucing Mati Kebuluran

Sumbe: Kulim Media TV via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma