Siakap Keli
kemas kini iphone ios 16.4
Kredit: MacRumors

Kemas Kini iOS 16.4, Pengguna iPhone Boleh Nikmati 21 Emoji Baharu

Kemas Kini iOS 16.4, Pengguna iPhone Boleh Nikmati 21 Emoji Baharu

Apple baru-baru ini telah melepaskan kemas kini iOS versi 16.4 bagi peranti telefon pintar keluarannya, iPhone bermula dari iPhone 8 sehinggalah model terkini.

Antara perubahan yang bakal dinikmati oleh pengguna iPhone termasuklah 21 emoji baharu berbentuk haiwan, pergerakan tangan dan objek. Emoji-emoji tersebut termasuklah Shaking Face, Hands Pushing bersama-sama emoji keldai, moose dan angsa.

Menurut Mirror, hanya pengguna iPhone yang sudah mengemas kini sistem peroperasian telefon mereka kepada versi terkini sahaja dapat menggunakan emoji baharu.

ios 16.4 iphone kemas kini
Kredit: MacRumors

Selain daripada menambah pilihan emoji, versi 16.4 turut menampilkan notifikasi baharu daripada aplikasi laman sesawang seperti Safari terus ke skrin utama.

Versi kali ini juga didatangkan dengan fitur pengasingan suara, yang mana melenyapkan suara latar belakang ketika membuat panggilan telefon. Dengan kehadiran fitur ini, kualiti suara pemanggil akan kedengaran dengan lebih jelas.

Dapat menjimatkan storan iCloud bagi sesiapa yang berkongsi akaun bersama ahli keluarga

Dalam pada itu, Apple telah mengesahkan bahawa kemas kini terbaharu itu dapat mengesan dan memadam imej-imej duplicate dalam iCloud Shared Photo Library.

Ini memberi manfaatkan kepada ahli keluarga yang menggunakan sistem storan awam (cloud storage) yang sama dan dapat menjimatkan ruangan penyimpanan tersebut.

Beberapa perubahan lain termasuklah kemaskini untuk fitur kebolehcapaian (accessibility) serta membaiki beberapa pepijat.

Apple turut berkata, terdapat beberapa pengoptimuman terhadap fitur Crash Detection yang tersedia pada model iPhone 14. Ia membantu pengguna untuk menghubungi nombor kecemasan selepas menalami kemalangan secara serta merta.

Cara untuk mendapatkan kemaskini iOS versi 16.4

Jika anda baru sahaja menggunakan iPhone dan tidak tahu cara untuk mendapatkan kemaskini ini, langkahnya mudah sahaja.

Pergi ke menu Tetapan (Settings) dan tekan General. Selepas itu, pilih Software Update dan anda dapat melihat pilihan untuk Download and Install iOS 16.4.

Secara keseluruhan, fail kemas kini tersebut bersaiz 1.9GB. Maka, anda disarankan untuk menggunakan sambungan Wi-Fi bagi memuat turun kemas kini ini.

BACA: Jurujual Dipenjara 2 Tahun, Denda RM50,000 Sebabkan Lima Ekor Kucing Mati Kebuluran

Sumber: Mirror.uk

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma