Siakap Keli
Ab Rauf Ketua Menteri Melaka Baharu
Gambar: Bernama

Ab Rauf Dicadang Sebagai Ketua Menteri Melaka Baharu – Ahmad Zahid

Ab Rauf Dicadang Sebagai Ketua Menteri Melaka Baharu – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — UMNO mencadangkan nama Pengerusi UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah mengutus warkah cadangan itu kepada Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam.

“Dengan ini parti mencadangkan bagi warkah itu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri baharu,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana Kebangsaan di Parlimen hari ini.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Ia susulan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri ke-12, semalam.

Ditanya sebab Sulaiman meletak jawatan, Ahmad Zahid berkata ia dilakukan atas faktor kesihatan.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri mengesahkan Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Menurut  beliau, Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu semasa pertemuan di pejabatnya di Parlimen, semalam.

Sementara itu, mengulas sama ada barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan turut dibarisi wakil Pakatan Harapan, Ahmad Zahid berkata beliau berharap perkara itu dapat dilaksanakan dengan mengambil semangat Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional.

“Saya yakin semangat itu akan dihilirkan ke Melaka supaya optik yang baik dapat diperlihatkan kepada bukan sahaja rakyat di Melaka tetapi juga rakyat keseluruhannya,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.