Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ini Helah Kawal Makanan Manis Sewaktu Berbuka Puasa
Pada waktu berbuka, kita sememangnya disarankan untuk mengambil makanan dan minuman manis terlebih dahulu. Hal ini disebabkan, ia dapat memberikan tenaga segera kepada tubuh selepas tidak mengambil apa-apa sumber tenaga dalam masa yang lama.
Menurut Hello Doktor, proses fungsi tubuh iaitu metabolisme akan berlaku perlahan semasa berpuasa. Perkara ini disebabkan sumber tenaga yang diperoleh dari makanan yang diambil ketika sahur banyak yang hilang selepas melakukan aktiviti seharian.
Jadi, anda perlu berbuka puasa dengan makanan atau minuman yang manis kerana ia berperanan mengembalikan tenaga dan stamina tubuh yang hilang dengan cepat.
Peningkatan kadar gula ini membantu mengembalikan fungsi metabolisma tubuh kepada normal dan memudahkan proses penghadaman.
Akan tetapi, ini bukan alasan anda boleh melantak segala makanan manis yang wujud di atas muka bumi ini ketika waktu berbuka.
Pengambilan gula secara berlebihan dapat memberikan anda lebih banyak risiko terhadap beberapa masalah kesihatan. Antaranya, obesiti, risiko penyakit jantung, diabetes tahap dua, risiko penyakit kanser dan banyak lagi.
Maka, kita masih perlu mengawal pengambilan makanan dan minuman manis ketika berbuka puasa.
“Saya pernah cuba, tapi susahlah… Lagi-lagi air manis yang sejuk-sejuk tu.”
Sebenarnya ramai juga yang mengalami masalah yang sama seperti di atas. Bagi sesiapa yang mengalami masalah ini, jangan risau!
Seorang jurulatih kesihatan, Mohd Shahfazreen telah berkongsi tip untuk mengawal ‘mulut manis’ anda semasa berbuka puasa.
Berikut merupakan perkongsiannya:
Aku kongsikan beberapa tips kawal “sweet tooth” dan rasa mengidam ‘craving’ pada manisan selepas berbuka puasa.
Akhir kata, nak makan dessert lepas makan nasi, boleh belaka. Anda hanya perlu tahu cara untuk mengawalnya sahaja. Kita tak berlebihan, kalori dapat dijimatkan, tetap dapat merasai nikmat kehidupan. Dalam masa sama, masih dapat menurun berat badan dan menjamin kesihatan badan.
BACA: World Athletics Larang Transgender Bertanding Acara Sukan Wanita
Sumber: Mohd Shahfazreen via Facebook