Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Monyet Selamba ‘Melantak’ Maggi Pedas Giler, “Habis La, Cirit Nanti…”
Isu gangguan monyet terhadap orang awam semakin ketara, khususnya di kawasan perlancongan mahupun kawasan kediaman manusia.
Rata-rata haiwan yang tinggal di kawasan tersebut tidak lagi takut dengan manusia dan sentiasa menantikan ‘insan yang baik hati’ untuk mendapatkan makanan.
Kebiasaannya, monyet sering mengganggu penduduk yang menetap di rumah-rumah yang berdekatan dengan kawasan hutan.
Haiwan ini akan menyasarkan tong sampah ataupun bilik-bilik yang memiliki pintu atau tingkap yang terbuka luas. Antara objek yang sering dirembat haiwan ini adalah makanan dan minuman.
Stereotaip monyet dan haiwan primat lain biasanya haiwan ini adalah haiwan yang menggemari pisang. Ia selalu jelas terpampang dalam siri kartun kanak-kanak mahupun buku cerita.
Namun, terdapat kisah seekor monyet yang memiliki citarasa lebih advanced berbanding monyet yang lain.
Dalam salah sebuah video tular di TikTok (@zizry_), seekor monyet didapati berada di luar rumahnya dan sedang bertenggek di atas koridor.
Berdasarkan pemerhatian, monyet biasanya mengambil makanan manusia yang tidak terlalu ekstrem, seperti roti, biskut dan lain-lain.
Berbeza dengan monyet luar biasa ini apabila didapati enak menjamah mi segera berjenama ‘Maggi Goreng Pedas Giler’ perisa Ayam Goreng.
Untuk makluman, mi segera tersebut memiliki rasa yang sangat pedas dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak dapat menahan tahap kepedasan tersbeut.
Namun, monyet tersebut kelihatan selamba dan tidak menunjukkan reaksi pedas ketika menjamah mi tersebut dengan begitu berselera.
Rakaman haiwan itu telah meraih perhatian warganet apabila mencecah 1.5 juta jumlah tontonan, 144.2k likes dan 7,693 komen.
Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial risau akan keadaan monyet tersebut. Mereka khuatir monyet tersebut bakal berhadapan dengan masalah penghadaman, seperti sakit perut dan cirit berit akibat kepedasan mi segera berkenaan.
“Allahhhh..semoga awakk sihat lah ya adik Nyet.. Aku makan pun dah sakit perut… Apa lagi kau, si binatang… Lapar sangat ya dik… Allah…” tulis seorang pengguna.
“Kesiannya maggie tu pedas kot,” pengguna lain memberikan komen.
Ada juga yang terkesima dengan kemampuan haiwan tersebut untuk memakan makanan pedas tanpa sebarang masalah.
“Selamba ja dia makan. Tak macam kita, sekali kena lidah terus meloncat,” tulis salah satu komen.
BACA: “Dia Dah Tak Takut Manusia”, Pengkaji Dedah Kenapa Jangan Beri Makanan Kepada Haiwan Liar
Sumber: Zizry via TikTok